Pelakon Harris Annuar sering kali berkongsi kerenah isterinya, Asha Merican yang sedang hamil anak pertama.
Artikel Berkaitan: Bibir Harris Annuar Bengkak Kena Sengat Tebuan Tanah, Terus Jadi ‘Seksi’ Kalah Angelina Jolie – ‘Saya Sekarang Di Tahap Dua Alergik’
Artikel Berkaitan: Asha Merican Mengidam Main Lato-Lato Pula
Mengidam level lain
View this post on Instagram
Terbaru, Harris mendedahkan tabiat pelik Asha yang mengidam ‘makan’ sabun selepas suka bau simen dan ingin bermain lato-lato.
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Harris, 30, memuat naik video perbualan bersama Asha. Aktres berumur 26 tahun itu meminta Harris untuk bau mulutnya yang berbau sabun.
Cerita Harris atau nama sebenarnya Mohammad Harris Shahrul Annuar, Asha hanya menjilat sabun itu kemudian meludahkan kembali lalu kumur.
Jangan layan la
Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet risau dengan perbuatan Asha kerana dikatakan boleh mengundang bahaya kepada bayi dalam kandungan.
Ada juga peminat yang menasihati pelakon drama The Hotel untuk tidak terlalu melayan keinginan yang aneh.
Untuk rekod, selepas empat tahun menjalin kasih, Harris dan juga Asha telah mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022.
Sumber: Harris Annuar