berita

[VIDEO] ‘Nasib Tak Tertelan!’ – Terkejut Beli Vietnam Roll Dapat Siput Hidup

June 23rd, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Vietnam Roll merupakan salah satu hidangan yang semakin popular di Malaysia. Keunikan campuran bahan-bahan di dalamnya sememangnya mampu membangkitkan selera orang ramai.

Tetapi kali ini lain pula ceritanya apabila hidangan Vietnam Roll yang dibeli oleh seorang individu ini terdapat seekor siput yang masih hidup. Gelinya!

Ada siput hidup

https://www.facebook.com/qasheh.nuralieya/videos/pcb.1032532103871329/1353261078204280/?type=3&theater&ifg=1

Menerusi video berdurasi 0:13 saat itu memaparkan hidangan ‘Vietnam Roll’ yang dipercayai digulung bersama siput hidup. Menurut perkongsian Suhaila Az-Azhar menerusi Facebook Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official mendakwa bahawa dia telah membeli ‘Vietnam Roll’ tersebut daripada seorang penjual. Tambahnya lagi, dia bernasib baik kerana pada ketika itu dia menggunakan sudu untuk memotong Vietnam Roll tersebut.

Ini bukan masak apa tak jadi, ini kalau makan tak jadi apa oi. Nasib tak tertelan. Nasib potong pakai sudu. Elok dia keluar merayap.

Jika dilihat daripada video tersebut, siput berkenaan masih bergerak ‘aktif’ walaupun sudah digulung bersama sayur-sayuran yang lain.

‘Kembang tekak’

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa geli dengan hidangan tersebut. Tidak kurang juga ada di antara mereka yang tidak berpuas hati dengan sikap segelintir penjual yang tidak menitikberatkan tentang kebersihan. Mereka berpendapat siput tersebut datang daripada sayur-sayuran yang tidak dicuci dengan bersih.

Sumber: Suhaila Az Zahra (Masak Apa Tak Jadi Hari Ni Official)

SKIP THIS AD ×