Sejak kebelakangan ini, sering kali kita dengar isu pelakon baru yang tidak beradab di set penggambaran.
Namun demikian, pelakon versatil, Nasir Bilal Khan berpendapat industri akan rosak jika anak seni tidak menyiapkan diri dengan ilmu.
Artikel Berkaitan: Kartina Aziz Berpendapat Pelakon Baharu Perlu Ada Adab & Rendah Diri – ‘Tak Kiralah Kamu Lead Atau Second Lead’
Artikel Berkaitan: ‘Hilangkan Sentap, Rasa Kecil Hati & Terus Berjuang’ – Azhar Rani Bidas Kenyataan A. Aida Utamakan Rupa Dari Bakat
Pentingnya berilmu
Ketika ditemui OhBulan!, Nasir menekankan kepentingan berilmu sekali gus akan mewujudkan adab dalam diri.
Masalah kita, kita tiada ilmu.
Contoh macam saya terlibat dalam bidang lakonan. Tapi kalau tiada ilmu, akan jadi masalah.
Kalau nak jadi pelakon, kena caril ilmu yang betul.
Nasir berkata demikian ketika di Sri Pentas, Bandar Utama pada Rabu.
Rupa atau bakat?
Berkongsi lebih lanjut, aktor yang popular dengan watak Tok Adi akui sifat manusia yang suka akan kecantikan.
Sifat manusia memang macam itu.
Kalau tanya saya sendiri, saya akan pilih rupa dahulu.
Walau bagaimanapun, Nasir mengingatkan untuk sentiasa lihat pada hati kerana rupa akan pudar.