Penyanyi dan penceramah motivasi Naufal Isa tampil menegur segelintir netizen yang menyalahkan proses ‘move on‘ terlalu cepat.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Lelaki Senang ‘Move On’ Selepas Cerai? Farid Kamil Komen – ‘Bergantung Pada Jodoh & Matlamat Hidup’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aisha Retno Bakal Buat Mini Showcase, Harap Dapat Sokongan Peminat – ‘Saya Ambil Masa Untuk Move On’

Salah ke cepat ‘move on’?

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Naufal yakin setiap jalan telah diatur oleh Allah.

Ujarnya, netizen tidak sepatutnya mempersoalkan jika seorang individu menemukan kebahagiannya awal selepas gagal dalam rumah tangga yang pertama.

Move on ini bukan pasal cepat atau lambat. Kadang kita nampak macam cepat tapi sebenarnya itu memang Allah yang atur.

Ada orang Allah bagi sekali saja terus sampai syurga. Ada orang tengah jalan terhenti, Allah ganti dengan yang baru.

Ada juga orang yang lama tunggu baru Allah temukan dengan pasangan.

Bila kita nampak orang dah move on cepat, jangan pula kita cop tak setia.

Benda itu bukan untuk kita persoalkan pun. Kita tak tahu apa doa dia, kita tak tahu luka dia.

Berhenti buka bab lama

Dalam pada itu, Naufal menitipkan pesanan agar tidak membandingkan kehidupan di antara manusia.

Tambahnya, lebih baik untuk kita mengingatkan diri sendiri untuk membuat persediaan menjaga bakal pasangan.

Kita tak tahu apa yang Allah nampak dalam hati dia.

Dan lagi satu paling best, bila mana ada orang suka throwback balik hantaran lama, naikkan momen lama. Macam nak bandingkan cerita dulu dan cerita kini.

Kalau Allah dah tutup bab itu, kenapa kita pula nak buka balik?

Allah dah tetapkan jalan cerita dan bahagia setiap orang.

Daripada kita persoalkan hidup orang, bandingkan cerita lama dengan cerita sekarang baik kita tanya diri sendiri, kalau esok jodoh sampai, aku dah sedia ke nak jaga pasangan betul betul.

Sumber: TikTok @naufal.isa