Umum mengetahui, pelakon kacak, Nazim Othman merupakan seorang selebriti yang menjaga penampilan dan mementingkan kesihatan diri. Malah, aktor itu tidak lekok berkongsi rutin senaman yang dilakukan sehingga dia memiliki tubuh yang tegap.
Artikel berkaitan: [VIDEO] Netizen ‘Geram’ Tengok Nazim Othman Bersiap Dalam Kereta – ‘Risau Tengok Lama-Lama’
Artikel berkaitan: ‘Tengok Boleh, Nak Pegang Dalam Mimpi’ – Nazim Othman
‘Tak besar mana pun’
Terbaharu, menerusi kemas kini di laman TikTok, Nazim atau nama lengkapnya Nushrul Alif Nazim Othman, 38, berkongsi sepotong video ketika dia berada di sebuah pusat gimnasium (gym).
Menerusi video tersebut, dapat dilihat aktor itu sedang menayang tubuh badannya yang tegap di hadapan cermin usai dia melakukan senaman di gym tersebut.
Kata aktor itu, tubuh badan yang dimiliki tidak besar, namun kerajinan untuk mendapatkan badan yang cantik disifatkan sebagai luar biasa.
Tak besar mana pun, tapi rajin itu luar biasa.
‘Stay halal’
Seperti dijangka, ruangan balas perkongsian tersebut menerima pelbagai reaksi daripada wargamaya. Rata-rata warganet memuji tubuh badan pelakon drama Kau Cipta Kasih itu.
Malah, ada juga dalam kalangan warganet yang berseloroh dengan mengingatkan ketika ini merupakan bulan Ramadan, oleh itu mereka perlu ‘stay halal’ (kawal nafsu).
Video
@nazothtak besar mana tapi rajin luar biasa…~ ??? Big Boy (SZA) – Slowed + Reverb Remix – viral audios
Sumber: TikTok Nazim Othman