Selalu berkongsi amalan akhirat, pelakon dan pengacara, Neelofa sekali lagi mencuri tumpuan umum selepas berkongsi doa yang diamalkannya untuk memohon masuk syurga.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Paksa Diri Tidur Awal, Neelofa Kongsi Persediaan Sebelum Sambut Bulan Ramadan – ‘Kena Mula Dari Sekarang’
Artikel Berkaitan: Neelofa Nafi Hamil Anak Ketiga – ‘Perut Berisi Tomyan & Ikan Stim Limau’
Doa mohon syurga
@yasmeenrizal May Allah SWT grant us Jannatul Firdaus, Ameen #fyp? #fyp #heal #healing #neelofa #oneworldmuslimah
Menerusi perkongsian di TikTok, Neelofa mengamalkan potongan doa yang diajarkan oleh Nabi Muhammad S.A.W untuk mendapatkan syurga Allah dan berlindung daripada api neraka.
Allahumma inni as’aluka al-jannah wa a’oodhu bika min an-nar.
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu syurga dan aku berlindung kepada-Mu dari neraka.
Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor berkata doa tersebut perlu dijadikan antara doa yang terbanyak dibaca.
Sebab nak masuk syurga ini adalah kemuncak kepada segala kejayaan.
Selepas syurga, tiada apa lagi yang tinggal.
Sebagai contoh, kalau hari ini kita masih lagi umur 20-an, kemudian kita nak berkahwin, nak anak, beli rumah, mula perniagaan dan sebagainya.
Tetapi selepas masuk syurga, tiada lagi next.
Kalau kita tak buat lagi, kena pastikan tahun ini 2025 mempunyai azam tersebut. Tidak terlambat lagi.
Jadikan syurga matlamat utama
Kata Neelofa lagi, sebagai umat Islam kena pastikan matlamat yang utama adalah untuk memasuki syurga milik Allah.
Tambahnya, matlamat tersebut mestilah dikekalkan sebagai matlamat yang pertama sehingga hembusan nafas terakhir.
Kalau kita antara orang yang mungkin lalai ataupun tak nampak yang syurga adalah matlamat akhir, kena tukar semula.
Jelasnya, sekiranya tidak ditulis atau ditetapkan dalam fikiran bahawa syurga adalah matlamat utama, tujuan hidup seakan-akan tidak jelas.
Keputusan yang dibuat akan menjadi tidak tetap. Sekejap buat perkara yang halal, sekejap yang haram.
Tetapi apabila matlamat jelas, pilihan hidup yang dipilih juga akan menjadi lebih jelas.
Sumber: TikTok Yasmeen Rizal