Pasangan selebriti, Neelofa dan Haris Ismail sering kali menjadi tumpuan netizen dengan tips-tips rumah tangga yang dikongsi.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Dedah Tak Pernah Sentuh Soal Keperluan Rumah, Suami Tak Bagi Bayar Guna Duit Sendiri – ‘Dia Kata Itu Tanggungjawab Dia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Mahu ‘Move On’, Enggan Panjangkan Isu Guna Foto ‘Double Meaning’ – ‘Kita Sudah Akui Apa Yang Perlu’
Tips jodoh
@hnhrschl Tips jodoh by Neelofa ? #hatitenangbilajiwakenyang #neelofa #puharis #nunhastore ? original sound – hannahrschl
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor dilihat menjawab permintaan daripada tetamu yang hadir pada majlis ilmu ‘Hati Tenang Bila Jiwa Kenyang’ anjuran perniagaannya miliknya, Nunha.
Pada perkongsian itu, individu tersebut difahamkan bertanya mengenai tips jodoh yang diamalkan pelakon berusia 35 tahun itu.
Macam kalau saya dulu, bila berdoa tentang jodoh, kita mintak secara terperinci.
Tapi sebelum saya jumpa suami, saya amalkan doa ini.
‘Ya Allah, berikanlah aku jodoh yang terbaik disisiMu untuk aku’.
Itulah doanya. Sangat ringkas dan padat dan kena konsisten.
Netizen dah amalkan
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat turut mengamalkan doa yang sama dan bersyukur dikurniakan suami yang dapat membimbing mereka. Selain itu, warganet turut mendoakan pasangan ini berkekalan hingga ke akhirnya.
Sumber: TikTok hannahrschl