berita

[VIDEO] Nelysa Norazlan Dedah Dulu Tak Gemar Main TikTok – ‘Sehinggalah PKP, Baru Saya Tahu Menarik Sebenarnya’

August 20th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Nelysa Norazlan TikTok

Pempengaruh dan pencipta kandungan, Nelysa Norazlan bersyukur dirinya disenaraikan sebagai salah seorang calon bagi kategori Best Of Beauty & Fashion bagi Anugerah TikTok Malaysia 2023.

Artikel Berkaitan: Nelysa Norazlan Berterima Kasih Pada TikTok Kerana Hargai Usahanya -‘Dulu Dipandang Rendah’

Terasa ‘kecil’ dibandingkan dengan calon lain

Nelysa Norazlan TikTok

Ketika ditemui OhBulan!, Nelysa berkata meskipun tercalon, dia berasa dirinya sangat ‘kecil’ jika hendak dibandingkan dengan calon-calon yang lain.

Bila tercalon tu saya macam in denial sebabnya kalau nak dibandingkan dengan calon yang lain tu saya rasa ‘kecil’ sangat.

Tapi, dapat tercalon bersama-sama mereka pun saya dah bersyukur dah.

Mestilah kita nak menang tapi kalau kita tak menang pun kita faham sebab mereka ada kekuatan masing-masing dan mereka adalah pencipta kandungan yang hebat-hebat.

Kalau menang tu Alhamdulillah, tapi kalau tak menang pun kita faham dan macam saya katakan tadi mereka memang hebat.

Ketika ditanya mengenai perjalanan sebagai seorang pencipta kandungan di TikTok, Nelysa mendedahkan bahawa pada awalnya dia tidak gemar untuk menggunakan aplikasi tersebut.

Saya rasa seperti saya ni termakan dengan kata-kata saya. Sebenarnya dan sejujurnya dari dulu, saya adalah orang yang tidak gemar bermain TikTok sebab pada itu saya rasa yang platform ini untuk budak-budak je.

Biasalah waktu bekerja dulu, TikTok ni banyak konten menari dan sebagainya jadi kita macam tak berapa gemar dengan benda-benda macam tu.

Sehinggalah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita semua jadi bosan dan waktu itu mula tular konten seperti resipi dalgona dan sebagainya.

Pada waktu itulah saya muat turun aplikasi TikTok, baru tahu rupanya seronok TikTok ni sebab banyak input menarik di dalam aplikasi tersebut dan sejak dari itulah, saya jadi ketagih dengan TikTok.

Terharu dengan TikTok

Nelysa Norazlan TikTok

Dalam pada itu, Nelysa meluahkan rasa terharunya kepada TikTok yang begitu menghargai kesemua pencipta kandungan dengan cara menganjurkan Anugerah TikTok Malaysia 2023 ini.

Nelysa turut berpendapat, platform TikTok merupakan satu fenomena buat semua pencipta kandungan dan berharap agar anugerah ini dapat dianjurkan lagi di Malaysia pada tahun yang akan datang.

Walaupun kita rasa macam perkara itu kecil, tetapi bila TikTok hargai apa yang saya dan pencipta kandungan lain buat ni, ia merupakan satu penghargaan buat saya.

Sebabnya dulu mungkin kita buat kerja bersungguh-sungguh tapi orang tak nampak pun, tetapi dengan TikTok ni sangat berbeza.

Saya harap agar Anugerah TikTok ini dapat dianjurkan lagi pada tahun-tahun yang akan datang dan ada ke platform lain yang buat anugerah macam ni?

TikTok memang hebat dan pada saya TikTok ni satu fenomena yang sangat luar biasa.

Undi pencipta kandungan sekarang!

Nelysa Norazlan TikTok

Sekadar info, Acara Utama TikTok Awards akan dihoskan oleh Izzue Islam, Sherry Alhadad dan Amelia Henderson, manakala acara ‘Red Carpet’ akan dihoskan oleh Ceddy dan Sissy Imann. Detik belakang pentas pula akan dihoskan oleh Jaa Suzuran dan Neeta Manis.

Anugerah ini akan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Pilihan Juri (Judge’s Pick), Pilihan Popular (People’s Choice) dan Anugerah Busana Terbaik (Best Dressed Awards).

Anda boleh mengundi pencipta kegemaran mereka bermula 15 hingga 26 Ogos 2023 di laman sesawang berikut https://vt.tiktok.com/ZSL9kXUe5/

SKIP THIS AD ×