Karipap merupakan salah satu jenis kuih yang sangat popular terutamanya di Malaysia. Kerangupan kulit serta keenakan intinya membuatkan ramai yang menggemari hidangan ini. Meskipun enak dimakan tetapi masih ramai lagi yang tidak mahir untuk kelim tepi karipap. Tak dinafikan, kelim tepi itu nampak mudah tetapi bagi orang yang kurang mahir, hasil akhirnya pasti akan senget dan tidak menepati cita rasa.
Kelim karipap guna gigi palsu
Tak dinafikan, kebanyakan orang akan menghasilkan kelim karipap secara ‘manual’ iaitu menggunakan tangan atau ada di antara mereka menggunakan alat khas yang dijual di pasaran. Namun berbeza pula yang dilakukan seorang wanita yang dipercayai berpangkat ‘nenek’ apabila dia menghasilkan kelim karipap menggunakan acuan gigi palsu.
Dengar macam pelik tapi itulah yang dilakukan wanita ini. Menurut sumber, kemungkinan tujuannya menggunakan acuan gigi palsu itu supaya kelim kuih tersebut kelihatan lebih kemas dan cantik. Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila dan di mana rakaman tersebut diambil.
Setakat artikel ditulis, video yang dikongsikan telah mendapat hampir 7 juta tontonan dan menerima pelbagai respon daripada warganet. Kebanyakan daripada warganet akui loya selepas melihat aksi tersebut. Malah mereka berharap agar kuih karipap tersebut hanyalah untuk dijamah sendiri dan bukannya dijual kepada orang lain. Bukan itu sahaja, mereka sempat berseloroh mengatakan nenek tersebut sangat ‘kreatif’.
Video
Respon netizen
Sumber: TikTok