Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro, berkongsi sebuah rakaman video memaparkan reaksi anak perempuannya, Nada Soffea ketika dia meluahkan hasrat untuk berkahwin lain.
Artikel Berkaitan: Isteri Ajak Shiro Dimasukkan Hospital Kerana Ulang Alik Lebih 152 Kilometer Setiap Hari
Nada ikut ibu
Menerusi video tersebut, Ajak meminta pendapat daripada anak gadisnya itu berhubung hasrat untuk berkahwin lain.
Ternyata, respons yang diberilkan oleh Nada berjaya mencuri perhatian netizen.
Ajak: Baba nak kahwin lagi.
Nada: Betul?
Ajak: Apa pendapat Nada?
Nada: Hari tu masa apa Nada cakap, baba nak kahwin lain ibu kata ibu tak kisah. Jadi maksudnya ibu bosan dengan baba.
Ajak: Kalau ibu bosan maksudnya apa? Maksudnya boleh.
Nada: Bukan boleh, dia macam alah pergilah tak kisah.
Ajak: Tapi Nada?
Mana taknya, Nada menjawab dia akan mengikut ibunya bersama suami baru sekiranya Ajak berkahwin lain.
Nada: Nada ikut ibu.
Ajak: Ikut ibu apa? tak kisah juga?
Nada: Tak, Nada bukan tak kisah. Nada ikut ibu pergi dengan suami ibu yang lain. Kalau baba boleh buat, ibu pun boleh buat.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat Ajak dan Nada. Netizen turut memberi pujian buat Nada kerana bijak mengatur ayat ketika menjawab pertanyaan bapanya itu.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Ajak Shiro