Tular di media sosial TikTok, sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sanggup kebasahan demi ‘payungkan’ ibunya sedang solat.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Ziarah Pusara Ayah, Netizen Turut Sebak – ‘Assalamualaikum Ayah, Omok Datang Ni’
Artikel Berkaitan: [VIDEO]’Assalamualaikum Mama Buat Apa?’ – Dua Beradik Panggil Arwah Ibu Dekat Kubur Undang Sebak!
Ikut setiap gerakan ibu
Menerusi video yang berdurasi 29 saat itu, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki memayungkan ibunya yang sedang solat di perkarangan luar masjid dalam keadaan hujan lebat.
Kanak-kanak yang memakai pakaian berwarna hitam dengan payung berwarna merah itu dilihat mengikuti setiap pergerakan solat ibunya walaupun diri sendiri basah kuyup.
Menurut info, difahamkan kanak-kanak tersebut dan ibunya adalah antara jemaah yang menunaikan solat di salah sebuah masjid di Kalimantan Selatan, Indonesia.
Netizen puji
Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet tersentuh dengan sifat mulia yang ditonjolkan oleh kanak-kanak itu yang berkemungkinan tidak mahu ibunya jatuh sakit.
Tinjauan OhBulan! mendapati video tersebut telah memperoleh sebanyak 12.8 juta tontonan dan 2.4 juta tanda suka setakat ini.
@n0tyourhabibtii
Sumber: TikTok