berita

[VIDEO]’Assalamualaikum Mama Buat Apa?’ – Dua Beradik Panggil Arwah Ibu Dekat Kubur Undang Sebak!

August 4th, 2021 | by Najmi Suhaimi
Kini Trending

Foto: Tangkap layar video

Tidak dinafikan kehilangan individu yang kita sayang merupakan momen yang sukar untuk diterima. Namun, sebagai hambaNya kita perlu akur dan reda dengan setiap ketentuan yang telah ditetapkan Allah S.W.T. Lagi menyedihkan apabila anak-anak kecil yang kehilangan ibu bapa tersayang dan perlu kuat mendepani hari-hari yang mendatang.

Artiklel Berkaitan: ‘Jumpa Nanti Di Syurga Sayang…’

Artikel Berkaitan: ‘Syahid & Syurga Buatmu Sayang’ – Suami Reda Isteri Meninggal Dunia Saat Melahirkan Anak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Sempat Nak Susukan Lagi, Ketiga-Tiga Anak ‘Pergi’ Dalam Dakapan…

Video undang sebak!

Seperti video pendek dikongsi Makassar_iinfo di laman Instagram, memaparkan dua kanak-kanak dipercayai dua beradik yang sedang bertanyakan beberapa soalan kepada ibunya yang sudah meninggal dunia. Apa yang lebih meruntun hati, apabila kanak-kanak ini sempat memberikan salam dan menanti respon daripada arwah ibunya.

Mama lagi ngapain? (Mama sedang buat apa?) Hello mama! Assalamualaikum mama!

Walaupun diuji dengan sedemikian rupa, kanak-kanak ini masih tersenyum dan sama sekali tidak menangis meratapi pemergian ibu tersayang. Bagaimanapun, tiada info lanjut berhubung video tersebut.

Salam takziah

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak melihat video tersebut dan pada masa yang sama mendoakan supaya kanak-kanak ini terus dimurahkan rezeki dan membesar menjadi anak yang soleh.

Sumber: Makassar_iinfo

SKIP THIS AD ×