berita

[VIDEO] Netizen Cari Cikgu Baran ‘Tomoi’ Pelajar Sekolah Tanpa Belas Kasihan

February 11th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini viral di media sosial mengenai satu video yang memaparkan seorang pelajar telah dibelasah oleh seorang guru. Menerusi laporan Berita Harian, kejadian itu dipercayai berlaku di salah sebuah sekolah berasrama yang terletak di Alor Setar, Kedah.

Ditendang, ditampar dan dicekik

https://www.facebook.com/BuletinTV3Official/videos/555511688505549/

Menerusi video berdurasi yang dimuatnaik Buletin TV3, memaparkan seorang guru lelaki bertindak agresif dengan menendang, menampar serta mencekik salah seorang pelajar lelaki yang berusia 16 tahun di dalam sebuah dewan sekolah berasrama. Kejadian tersebut turut disaksikan oleh pelajar lain yang berada di situ. Video berkenaan juga dipercayai dirakam oleh salah seorang pelajar sekolah tersebut sebelum ianya viral di media sosial.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, pihak polis kemudian bertindak menjalankan siasatan sebaik sahaja video itu viral sehingga mendapat perhatian pengguna media sosial. Berikutan daripada kejadian itu, pihak polis kemudian telah memanggil guru terbabit untuk mendapatkan keterangan lanjut berhubung dengan isu ini.

Guru diambil keterangan

Sementara hasil siasatan awal mendapati, punca kejadian itu berlaku dipercayai disebabkan masalah dalaman yang ditimbulkan pelajar berkenaan sehingga membuatkan guru tersebut berang dan hilang kawalan.

Pelajar terbabit dibawa menjalani pemeriksaan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejurus selepas kejadian.

Tambahnya lagi, siasatan lanjut masih lagi dijalankan pihak polis dan mereka juga akan memanggil pelajar berkenaan untuk diambil keterangan berhubung dengan kes ini. Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan tanpa menggunakan senjata.

Sumber: Berita Harian, Astro Awani, Buletin TV3

SKIP THIS AD ×