berita

[VIDEO] Netizen Dakwa Nampak ‘Baby Bump’, Syifa Melvin & Safawi Rashid Bakal Timang Anak?

April 14th, 2023 | by Alia
Kini Trending

Pempengaruh, Syifa Melvin, yang juga merupakan isteri kepada pemain bola sepak terkenal iaitu Safawi Rashid, telah mencetuskan tanda tanya dalam kalangan warganet tentang kehamilannya.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Ini Isteri Yang Sah, Dah Tak Boleh Nak Kecam’ – Safawi Rasid

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Kecam Melampau, Jodoh Rahsia Allah’ – Ibu Syifa Melvin

Hamil anak sulung?

Dalam sebuah video yang dimuat naik di TikTok, memaparkan Syifa yang memakai pakaian serba putih sedang bermain ‘money machine’ di sebuah bazar yang dianjurkan sempena jualan Hari Raya.

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet lebih tertarik untuk melihat di bahagian perut adik kepada pelakon Syatilla Melvin itu yang kelihatan seperti ‘baby bump’ dan mendakwa dia sedang hamil anak sulung.

Sekadar info, Syifa Melvin mendirikan rumah tangga bersama Safawi Rasid pada 28 November tahun lalu dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup di Hotel Hilton Petaling Jaya. Majlis tersebut dihadiri lebih 300 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga dan kenalan rapat.

@absolutevent

Nak main money machine ni and menang duit raya? Kena la datang ke Absolut Bazaar x Gaya Raya pada 14-17 April ini di MITEC KL. ? #absolutbazaarxgayaraya

? original sound – Absolut Bazaar – Absolut Bazaar

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×