berita

[VIDEO] Netizen Fokus Jumlah Sebulan Nafkah RM10,000, Puji Usaha Farid Kamil Pertahankan Rumah Tangga

April 12th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Demi usaha menyelamatkan rumah tangga, pelakon dan pengarah Farid Kamil mengemukakan tawaran perdamaian terhadap isteri, Diana Danielle, yang membabitkan aset (kereta Vellfire), barang kemas, wang pendahuluan nafkah bernilai RM319,700 serta bayaran balik tiket Umrah.

Artikel Berkaitan: Farid Kamil Beri Tawaran Berjumlah RM319,700 Termasuk Vellfire Kepada Diana, Usaha Selamatkan Rumah Tangga

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hilang 1, Farid Kamil Ganti Dengan 6 Cincin Baharu Buat Diana Danielle

RM10K sebulan

@ohbulanofficial Tawaran buat Diana Danielle. Moga dipermudahkan ?? #ohbulan #sembangentertainment #tawaran #faridkamil #kepada #dianadanielle ? original sound – ressaherlambang – Ressaherlambang

Kenyataan tawaran itu diedar oleh pengurus Farid kepada media ketika prosiding sulh di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, semalam (Selasa).

Susulan itu, warganet memberi tumpuan terhadap wang pendahuluan nafkah daripada bulan Mac hingga Jun 2023 yang mencecah RM40,000.

Rata-rata netizen terkejut dengan jumlah nafkah yang diberikan Farid untuk sebulan iaitu RM10,000. Bagaimanapun, ada juga yang tertanya-tanya adakah itu bayaran yang dibayar aktor berumur 42 tahun sebelum rumah tangga mereka goyah.

Tolak tepi ego

Dalam pada itu, pengguna media sosial turut memberi pujian kepada kesungguhan dan kegigihan pemilik nama Farid Kamil Zahari untuk melembutkan hati isteri tercinta.

Setidaknya Farid ada berusaha nak selamatkan rumah tangga. Tak ego, tak berdiam diri. Semoga segala usaha berhasil.

Alhamdulillah ada usaha pujuk untuk menyelamatkan rumah tangga. Demi anak-anak yang dikasihi.

Usaha seorang suami sanggup leburkan logam (ego) yang ada di dalam hatinya, agar cinta sebenar dapat dikekalkan.

Terbaik Farid. Lelaki jangan menyerah, teruskan berusaha untuk selamatkan rumah tangga selagi boleh.

Pada 20 Mac lalu, Diana Danielle memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil.

Pelakon filem Imaginur itu membuat permohonan cerai atas alasan, tiada persefahaman dan berlakunya shiqaq atau perbalahan berpanjangan dalam rumah tangga mereka. Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai tersebut. Malah, pasangan itu difahamkan tidak lagi tinggal serumah.

Pada 24 Mac lalu pula, Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam membenarkan permohonan Diana Danielle secara ex-parte berhubung hak penjagaan hadanah interim (sementara) bagi dua anak mereka sehingga 30 Mei depan.

Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8.

SKIP THIS AD ×