Pasangan selebriti Janna Nick dan Dini Schatzmann sering berkongsi momen mesra di media sosial dan mendapat perhatian warganet.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Teruja Tengok Rumah 4 Tingkat Janna Nick, Kena Akses ‘Password’ Untuk Masuk Bilik
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Dini Sahaja Kebahagiaan Saya, Siapa Berani Sentuh Saya Tak Kisah Masuk Penjara’ – Janna Nick
Dini merajuk
@jannanickofficial Girls day out featuring g2g!
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Janna dan Dini berkunjung ke sebuah pusat rawatan kosmetik untuk melentikkan bulu mata.
Dini dilihat mahu membuat rawatan yang sama, namun Janna atau nama lengkapnya Nurul Jannah Muner tidak membenarkannya.
Paling mencuit hati adalah apabila aktor berusia 30 tahun itu merajuk kerana permintaannya ditolak oleh Janna.
Hari ini kami nak buat eyelash lifting (lentikan bulu mata). Bukan awak tetapi saya yang nak buat.
Lepas itu nak merajuk protes bila kita tak bagi.
Bagaimanapun, pelantun lagu Gatal tersebut akhirnya membenarkan Dini untuk melakukan rawatan berkenaan dan memuji ketampanan wajah suaminya itu.
Cantiknya bulu mata dia, okaylah dia dah gembira balik.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet geli hati melihat gelagat pasangan itu dan tidak jemu menonton konten mereka.
Aku tak sangka dia buat betul-betul.
Dia marah Dini macam marah anak.
Suka la tengok dua orang ni, tak sedar aku tersenyum seorang. Semoga bahagia hingga ke jannah.
Serasi bersama, muka pun seakan-akan sama.
Untuk rekod, Janna dan Dini mendirikan rumah tangga pada 10 Jun 2023 selepas lima tahun berkenalan pada 27 Mac 2019.
Sumber: TikTok Janna Nick