Seorang individu memberitahu kubur Nur Farah Kartini tidak putus diziarahi orang ramai sejurus arwah dikebumikan, pada Khamis lalu.
Artikel Berkaitan: Keluarga Nur Farah Kartini Gesa Individu Fitnah Arwah Hamil Anak Luar Nikah Buat Permohonan Maaf? – ‘Kami Terkesan’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Rakan Nur Farah Kartini Sebak Kenang Jasa Baik Arwah – ‘Semasa Saya Kemalangan, Dia Orang Pertama Ada Di Wad Kecemasan’
Tak putus orang ziarah
Menerusi perkongsian di TikTok, individu berkenaan berkata, dia berada di kawasan kubur tersebut selama empat jam dan mendapati ramai yang datang untuk memberi penghormatan kepada Allahyarham.
Aku duduk empat jam dekat kawasan ini (kubur), tak putus orang datang menziarah.
Apa lah amalan arwah Nur Farah Kartini.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan ucapan takziah kepada keluarga arwah dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat.
18 Julai lalu, jenazah Allahyarham Nur Farah Kartini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Nyiur Manis, Pekan, Pahang pada jam 5.20 petang.
Van yang membawa jenazah bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu tiba di tanah perkuburan pada 4.55 petang selepas dibawa dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, Selangor.
Media tempatan melaporkan, pengebumian Nur Farah Kartini, 25, dalam keadaan cuaca tenang dan berangin itu turut dihadiri ahli keluarga mangsa, rakan dan penduduk kampung.
Video
@bunkkos_mayatt06 Apalah amalan arwah Farah Kartini ?.. Serius wey aku dapat rasa dia ni lain dari lain.. semoga Allah merahmati roh dan jasad nya ? #FarahKartini ? Dawai (From “Air Mata Di Ujung Sajadah”) – Fadhilah Intan
Sumber: TikTok