berita

[VIDEO] Netizen Kagum Lihat Iqram Dinzly Solat Dalam Kapal Terbang – ‘Dia Hormat Waktu Solat’

June 15th, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Artikel Berkaitan: ‘Itu Bukan Saya, Dia Adalah Princess Iqy Dinzly’ – Iqram Dinzly

‘Insaf sekejap’

Menerusi video dimuat naik pengguna bernama Syarifah Nabilah di TikTok, dapat dilihat Iqram sedang menunaikan solat secara duduk ketika pesawat sedang berada di udara.

Difahamkan, pelakon drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta itu merupakan individu paling awal yang menunaikan solat Zuhur di kalangan penumpang yang lain selepas proses ‘check in’ dilakukan pada waktu Zuhur.

Bismillahirrahmanirrahim. Ditakdirkan satu flight dengan Iqram Dinzly pada 14/05/2023. Pengakhiran kita tak pasti, yang pastinya, dia solat paling awal dalam semua penumpang.

Sebab waktu check in bertindan ngam-ngam ketika waktu Zohor. Dahlah ada gelora waktu itu, insaf sekejap. Apa pun yang media laporkan (di media sosial), tapi inilah yang saya saksikan di depan mata. 

Respon netizen

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan pelakon berkenaan yang begitu menghormati waktu solat.

Bahkan, ada juga yang mengatakan bahawa keperibadian Iqram bukanlah seperti apa yang ditonjolkan di media sosial kerana pelakon berkenaan merupakan seorang yang begitu pembersih dan menjaga solatnya.

Video

@syarifahnabilahbi2 Bismillahirrahmanirrahim. Ditakdirkan satu flight dengan @Yang Mulia IQ Dinzly pada 14/05/2023. Pengakhiran kita tak pasti, yang pastinya, dia solat paling awal dlm semua penumpang. Sbb time check in bertindan ngam2 waktu Zohor. Dahla ada turbulence after that ? Insaf sekejap. Whatever the media is reporting, this is what I witnessed. #iqramdinzly #mstaronlineofficial #spiritualawareness ? Tasbih Dzikir – IFTAH QULUBANA

Sumber: TikTok 

SKIP THIS AD ×