Penyanyi MK K-Clique meraih perhatian warganet kerana membaca ayat suci Al-Quran sebelum memulakan persembahan di pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39) baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tak Ada Rezeki Untuk Mandikan, Kafan & Kuburkan Arwah Bapa’ – MK K-Clique
Artikel Berkaitan: MK K-Clique Kongsi Nama Anak, Aya Rayana Jadi Pilihan – ‘Bermaksud Bukti Kebesaran Allah & Pintu Syurga’
Persediaan AJL39
@zulyasrani1 AJL39 RISIKO ? Makeup/Hair @hairiwhuut @meerflymusic by @zulyasrani Styling : @hakimieridzuann @arif.khidin Cc : @aimanmunier @syzwnismadi • • #ajl39 #risiko #nakgroomingcarizulyasrani #nikah #reception #MansGrooming #MansMakeup #barberlife #barberZulyasrani #fyp #grooming #groomstyling #weddinggroom #groomingwedding #groomingbyZulyasrani #groomstylingbyzulyasrani
Menerusi hantaran di TikTok, seorang jurusolek yang dikenali sebagai Zulyasrani telah memuat naik video momen ketika MK dan gandingannya Meerfly sedang didandan.
Paling menarik perhatian, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan dilihat sedang membuka aplikasi Al-Quran di telefon bimbitnya.
MK baca Al-Quran
View this post on Instagram
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan penyanyi rap berusia 29 tahun itu yang mengisi masa dengan membaca Al-Quran.
Suka tengok MK baca Al-Quran masa sedang bersolek.
MK sempat mengaji sebelum persembahan.
Bagus MK baca Al-Quran dulu sebelum ke pentas.
Dalam masa yang sama, mereka juga memuji MK yang menggunakan khidmat jurusolek lelaki.
Terdahulu, MK bersama Benzooloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly dan Tuju merupakan salah seorang finalis di pentas AJL39.
Pada malam yang penuh berprestij itu menyaksikan lagu Hening Rindu ciptaan komposer terkenal, Ikhwan Fattana dan Wan Salleh yang dinyanyikan oleh Marsha telah dinobatkan sebagai juara.
Manakala naib juara dimenangi oleh Nadeera Zaini menerusi lagu Bukan Lagi Kita dan tempat ketiga disandang oleh kumpulan Akim & The Majistret yang membawa lagu Saksama.
Sumber: TikTok Zulyasrani