Blackpink kembali menjadi perbualan hangat peminat K-Pop apabila kumpulan tersebut berjaya meraih trofi pertama di acara muzik di Inkigayo dengan lagu terbarunya ‘ How You Like That’. Kejayaan itu merupakan antara yang ditunggu peminat Blackpink yang sudah lama menantikan kemenangan ini.
Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila mereka boleh menyanyi secara ‘live’ dengan baik memandangkan sebelum ini ada ura-ura mengatakan mereka tidak boleh menyanyi.
Nyanyi secara live
Rancangan muzik yang berlangsung pada Ahad lepas menyaksikan kumpulan BLACKPINK membuat persembahan How You Like That di panggung live encore selepas muncul sebagai pemenang dengan menduduki tangga teratas di SBS Inkigayo. Kumpulan di bawah pengurusan YG Entertainment dilihat terkejut meraikan kemenangan mereka.
Kami mengucapkan terima kasih kepada Teddy selaku pengarah, kakitangan, dan pengurus yang hebat kerana menulis lagu dan membuat video muzik yang hebat. Terima kasih BLINK kerana sentiasa menyokong dan menyayangi kami. Kami akan berusaha untuk menjadi BLACKPINK yang lebih baik.
Rose selaku wakil menerima trofi itu melahirkan rasa syukur kerana Teddy memberikan kepercayaan kepada mereka. Selepas kemenangan tersebut, mereka membawakan lagu baru How You Like That yang didengar dengan jelas tanpa lapisan AR tambahan. Semua memberikan sorakan dan tepukan yang gemuruh melihat persembahan secara live tersebut.
Siapa cakap dorang tak boleh nyanyi live?
https://www.youtube.com/watch?v=d1t0hMzmMoA&feature=emb_title
Ramai puji
Sumber : Youtube