berita

[VIDEO] Netizen Kecam, Dakwa Influencer Nyanyi Sumbang Semasa ‘Live’ – ‘Selalu Dengar Lagu Ulek Mayang Rasa Seram, Tapi Ini Geram’

October 6th, 2023 | by Alia
Kini Trending

yuletta yucha

Personaliti media sosial iaitu Yuletta Yucha mendapat kecaman dan kritikan daripada warganet susulan nyanyiannya yang didakwa ‘sumbang’ ketika melakukan persembahan siaran langsung di atas pentas.

Artikel Berkaitan: ‘Yang Nyanyi Sumbang Pun Tak Sedar Awak Dijadikan Bahan Lawak? Keturunan You Tak Malu Ke?’ – Dato’ AC Mizal

Artikel Berkaitan: Dikecam Nyanyi Lagu Tiara Sumbang Semasa Live, Raffa Affar Tampil Beri Respon – ‘Semua Orang Bebas Berpendapat’

Netizen kecam

yuletta yucha

Menerusi video yang dimuat naik semula di TikTok, Yuletta mendendangkan sebuah lagu rakyat popular iaitu Ulek Mayang.

Difahamkan personaliti media sosial itu membuat persembahan bagi salah satu program siaran langsung yang diadakan oleh sebuah stesen televisyen tempatan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengkritik cara nyanyian Yuletta yang didakwa berbeza dengan lagu-lagu ‘cover’ yang pernah dinyanyikannya di platform TikTok sebelum ini.

Saya selalu dengar lagu Ulek Mayang rasa seram, tapi ni rasa geram pula.

Kebanyakkan menyanyi dalam TikTok, mikrofon dah siap ‘auto tune’ sebab tu sedap. Bila pakai mirkofon lain jadi macam ini lah.

Bukan lagu Ulek Mayang ni puteri dia ada tujuh orang, kenapa aku dengar tadi dua je?

Dalam pada itu, sesetengah warganet bersetuju dengan kenyataan penyanyi, Usop baru-baru ini yang meluahkan rasa kecewa terhadap trend terkini iaitu terdapat sesetengah pihak yang mengangkat pempengaruh dengan mudah untuk menjadi seorang penyanyi.

Kadang-kadang apa yang Usop cakap ada benarnya.

Betul apa Usop cakap, saya setuju.

@ziff_rashid

sbnrnya berapa rmi ye puterinye..?? #fyp? #lagurakyatterengganu #ulekmayang

? original sound – Ziff_Rashid – Ziff_Rashid

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×