berita

[VIDEO] Ustaz Syafiq Berbual Dengan ‘Pendamping’ Isteri Azlan Komeng, Terkejut Bila Dengar Punca Sihir Dihantar

September 7th, 2023 | by Alia
Kini Trending

jin podcast

Tular baru-baru ini di platfrom X (Twitter), klip temu bual daripada podcast yang dikendalikan oleh selebriti media sosial iaitu Caprice bersama pelakon Azlan Komeng dan isterinya, Nilam.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dikutuk Sebar Aib Suami Berzina Dengan Penyondol, Isteri Azlan Komeng Tampil Buka Mulut

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ibu Mentua Tak Restu Perkahwinan, Lumur Darah Haid Sihir Menantu – ‘Kemaluan Rasa Terbakar’

Bercakap dengan jin

jin podcast

Caprice sebagai hos podcast tersebut turut menjemput Ustaz Syafiq yang merupakan pengamal rawatan alternatif Islam bagi mengupas topik sihir pemisah.

Semasa temu bual tersebut sedang berlangsung, kelihatan Syafiq mencuba untuk berbual dengan jin pendamping yang berada di dalam badan Nilam.

Nabi S.A.W beritahu dalam hadis bahawa jin ini mengalir dalam darah anak Adam. Jadi kita boleh tengok dengan jelas.

Wahai pendamping, wahai yang menjaga keturunan ini, wahai yang berada di dalam darah hamba Allah yang mendengar bacaan ku ini. Kalau kamu jaga dia, genggam tangan kanan dia. Saya cuma nak lihat kewujudan tuan (pendamping) di dalam badan dia.

Saya tidak akan apa-apakan kamu hari ini, satu syarat sahaja saya nak kamu genggam tangan kiri kalau benar kamu masih ada dalam darah dia.

Paling mengejutkan adalah wajah serta suara Nilam tiba-tiba berubah menjadi kasar. Kemudian ustaz tersebut bertanya pula tentang tujuan sihir itu dihantar kepada wanita itu.

Ada orang nak bunuh dia?

Ya.

Orang nak buat apa pada dia?

Mati.

Lebih menyeramkan, dalam keadaan berang jin tersebut seakan-akan tidak berpuas hati terhadap Azlan dan memarahinya.

Urusan ini urusan kamu, bukan urusan dia. Dia yang perlu tanggung akibatnya.

Susulan itu, Syafiq menasihati jin berkenaan supaya menghargai jasa aktor tersebut sebagai suami yang banyak membantu dan membimbing Nilam.

Kamu kena berterima kasih kepada dia (Azlan). Mungkin disebabkan sihir ini dia (Nilam) lebih dekat dengan Allah.

Reaksi warganet

jin podcastjin podcast

Menjengah ke ruangan balas, video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi warganet. Ada di antara mereka yang percaya bahawa kejadian tersebut adalah benar kerana pernah mengalami situasi yang sama selain sering melihat ustaz berkenaan menjalankan rawatan Islam.

Bagaimanapun, terdapat segelintir warganet yang mendakwa ianya hanyalah rekaan mereka semata-mata.

@buletin.tiktok

credit : youtube caprice original film #fyp #bikinpanas #berandatiktok

? Spooky, quiet, scary atmosphere piano songs – Skittlegirl Sound

Sumber: Podcast Caprice, Twitter

SKIP THIS AD ×