berita

[VIDEO] Netizen Kurang Senang Tengok Anak Sheila Rusly Selamba Peluk Wanita – ‘Sporting Betul Maknya’

April 23rd, 2024 | by Shahira
Kini Trending

Baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan anak lelaki kepada pelakon dan pengacara, Sheila Rusly iaitu Luth Mikhail dilihat selamba memeluk seorang wanita.

Mikhail peluk siapa ?

@sheilaruslyy Surprised? #luthmikhail #sheilarusly #sheilaruslyrecipe #fyp #fyp? #fyp??viral #foryoupage #foryou #masukfyp #masukfyp #fyp #fyp? #fyp??viral ? original sound – sheilaruslyy

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan Sheila Rusly bersama keluarga berada di sebuah restoran bagi menyambut ulang tahun kelahiran Luth Mikhail. Ketika Mikhail sedang asyik berkaraoke, Shiela dilihat membuka pintu sebelum menyambut kehadiran seorang tetamu istimewa.

Tidak lama selepas itu, Mikhail yang menyedari kehadiran tetamu itu terus memeluk dan mengangkat wanita tersebut. Difahamkan, kehadiran wanita itu ke restoran tersebut adalah sebagai kejutan sempena hari jadi Mikhail.

Meskipun begitu, tidak dapat dipastikan siapakah wanita yang dipeluk Mikhail namun rata-rata wargamaya mendakwa wanita tersebut adalah kekasih Mikhail.

Tidak kurang juga ada yang akui kurang senang dengan tindakan Mikhail yang dianggap tidak menjaga batas. Mereka turut terkejut apabila melihat Sheila bersikap terlalu terbuka malah seakan tidak kisah dengan tindakan anak lelakinya itu.

Sporting betul maknya

Amboi, bukan main

Kenapa jadi macam tu sekali

Wow, selambanya

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×