berita

‘Sharif & Shaiful Tak Menang Mudah, Mereka Menghiburkan’ – Juri Famili Duo 3

December 4th, 2023 | by Alia
Kini Trending

juri fd3

Famili Duo musim ketiga menutup tirainya pada malam tadi dengan menyaksikan duo adik beradik Sharif dan Saiful Zero dinobatkan sebagai juara yang membawa pulang hadiah utama berjumlah RM100,000.

Artikel Berkaitan: ‘Kami Akan Teruskan Menyanyi Sebab Peminat Suka..Mungkin Akan Keluar Dengan Band’ – Sharif & Saiful Zero

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Tak Menang Tak Apa, Kami Sudah All Out’ – Adira & Emma Suhaimi

Layak menang

juri fd3

Ketika ditemui OhBulan!, Mas Idayu memuji pasangan duo adik beradik itu yang memberanikan diri untuk menyertai rancangan tersebut walaupun mereka bukan penyanyi profesional.

Mereka bukan seorang penyanyi tapi mereka berani masuk dalam Famili Duo. Sebab mula-mula Mummy fikir mereka ini pelawak dan orang pun mesti fikir rancangan ini tak serius sebab ambil mereka.

Kami warning awal-awal lagi, korang masuk sini jangan buat lawak sepanjang masa. Tetapi mereka menghiburkan, penghibur dan penyanyi adalah berbeza.

Para juri juga tidak menolak bahawa undian penonton juga antara faktor kemenangan Sharif dan Saiful malam tadi.

Persembahan kurang memuaskan

juri fd3

Mengulas tentang persembahan Adira dan Emma, pihak juri tidak dapat menyangkal kemantapan vokal mereka namun kekurangan adalah pada pusingan kedua persembahan.

Ketiga-tiga peserta itu menunjukkan persembahan final sebab semua nak menang.

Zero tak menang mudah sebab kalau ikut pembukaan persembahan Adira dan Emma dah terbaik dah sebenarnya. Pada nyanyian markah memang tinggi.

Memang Adira kurang pada persembahan kedua, dia cuba nak buat kami terhibur tapi tak dapat. Rata-rata kesalahan yang kami pertikaikan adalah persembahan dan kreativiti.

Dalam pada itu, Mas Idayu menekankan bahawa setiap peserta perlu menujukkan karakter yang berbeza ketika di atas pentas Famili Duo kerana pemarkahan tidak hanya tertumpu kepada nyanyian semata-mata.

Macam Haqiem dan Ariff, mungkin pada persembahan pertama mereka salah pilih lagu. Mereka bawa cara mereka tapi sebenarnya dalam pertandingan ini kena tampilkan kelainan.

Menurut Ajai pula, elemen penghayatan juga dititik beratkan di dalam setiap persembahan.

Lagu ‘slow’ ini bahaya, kena ‘tangkap’ daripada mula dan baru betul-betul orang boleh menjiwai dan penerimaan penonton.

Saya mengkaji penghayatan dari setiap nyanyian dan saya bandingan persembahan siapa yang terbaik.

Sharif dan Saiful mendapat markah keseluruhan sebanyak 81 peratus sekali gus menewaskan duo Adira dan Emma Suhaimi yang memperoleh 60.6 peratus serta Haqiem Rusli dan Ariff Bahran sebanyak 58.3 peratus.

Famili Duo 3 dihoskan oleh Izzue Islam dan Janna Nick, Famili Duo 2023 dibawakan khas oleh penaja utama OGAWA, penaja bersama Elegant Cosmetics, dan rakan penaja Centrum Multivitamin.

Turut memeriahkan musim ini adalah OhBulan! dan XTRA sebagai Famili Digital, serta Hot FM sebagai Famili Radio.

SKIP THIS AD ×