![[VIDEO] Netizen Nasihat Berehat Dari Media Sosial, Fila Amir Jawab Tidak Terkesan Dengan Komen Hinaan](https://asset.ohbulan.com/2025/08/fila-anak-dua.jpg)
Pempengaruh dan usahawan popular, Fila Amir sekali lagi menjadi tumpuan apabila anaknya, Assara Adama Camara, menerima kecaman hebat daripada netizen.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Menangis Terkejut Dengar Bunyi Ekzos Bingit, Fila Amir ‘Sekolahkan’ Netizen Suruh Balik Kampung Daddy
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kami Tak Kisah Warna Kulit Anak Hitam Atau Putih’ – Fila Amir & Suami Bidas Netizen Pertikai Rupa Zuriat
Tidak terjejas

Terbaru, seorang individu meninggalkan komen kecaman dengan menuduh anaknya mempunyai rupa yang hodoh kerana mengikut gen suaminya, Adama.
Pemilik nama Nurafilah Amir Rusdi kemudiannya membalas komen itu dengan sebuah video dan berharap ia menjadi pengajaran buat semua.
Dalam masa yang sama, segelintir netizen yang simpati dengan Fila turut meminta agar usahawan itu berehat seketika dari media sosial demi menjaga kesihatan mentalnya.
Bagaimanapun Fila menjelaskan dia langsung tidak terkesan dengan kecaman yang diterima.
Content yang saya hasilkan memang fokus untuk naikkan engagement bukan semata-mata batak views.
Lagi banyak engagement, lagi tinggi potensi pembeli.
Jadi, biarlah mereka nak cakap apa pun. Kadang-kadang, cara begini juga bagus untuk beri sedikit pengajaran.
Sumber: TikTok








