Warganet meluahkan rasa kurang senang apabila penyanyi Adira Suhaimi berguru dengan pempengaruh sensasi, Andika Putera.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Datuk Red Mahu Tunai Hasrat Adira Untuk Adakan Majlis – ’Hari Tu Nikah Sorok-Sorok, Takkan Kali Ini Nak Sorok Juga?
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andika Putera Simpan Impian Nak Jadi Perdana Menteri – ‘Saya Nak Jadi Seorang Pemimpin Baik’
Sesi bersama Andika
@adirasuhaimi.ami Ok jom balik
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, kelihatan Adira atau nama lengkapnya Siti Adira Suhaimi sedang fokus melihat penerangan yang diberikan oleh Andika.
Sesi one to one dengan Andika Putera.
Dalam masa yang sama Andika pula sedang menulis di atas sebuah papan putih sambil memberi penerangan kepada penyanyi berusia 33 tahun itu.
Komen netizen
Bagaimanapun, rata-rata warganet mempersoalkan tindakan Adira yang memilih Andika sebagai gurunya berikutan pempengaruh itu pernah terpalit dengan kontroversi rumah tangga.
Allah..tak ada orang lain ke nak berguru?
Dah kenapa macam tak ada manusia lain..frust la.
Maaf tak minat bila melibatkan Andika.
Alamak, saya suka Adira tapi maaf sangat tak suka Andika.
Alahai kenapalah dengan mamat whiteboard yang suka jaja aib bekas isteri ni?
Tidak berdiam diri, pelantun lagu Ombak Rindu itu kemudian tampil menjawab pada salah satu komen yang ditinggalkan.
Niat saya nak menambah ilmu.
Sumber: TikTok Adira Suhaimi