Seorang pengguna aplikasi X mencuri perhatian apabila menyiar semula (repost) satu video memaparkan perniagaan makanan jenis mee segera yang dijual di tepi jalan.
Artikel Berkaitan: Mat Salleh Kena ‘Ketuk’ RM4 Untuk Segelas Air Bandung, Netizen Tampil Back Up – ‘Mahalnya Bukan Ada Soda Pun’
Harga mee segera RM20
@bestfoodmy RM20 Maggie Seafood!?? [email protected] Maggie Malam, behind Caltex Setiawangsa ?7pm – sold out ? @Aisyah ? original sound – Best Food Malaysia
Menerusi video tersebut, dapat dilihat seorang peniaga sedang menyediakan mee segera yang dijualnya di tepi jalan.
Peniaga tersebut kemudiannya meletakkan beberapa makanan tambahan laut seperti udang, sotong dan telur sebelum diberikan kepada pelanggannya.
Apa yang mengejutkan rata-rata netizen ialah mee segera tersebut dijual dengan harga RM20.
Harga sebuah kemalasan
Cane korang meniaga ni. Kedai pacak khemah tepi jalan pun dah jual RM20.
Kalau dah buka premis fizikal nanti nak cas berapa pulak? https://t.co/UAerqBJGno
— Pick (@pickyhn) February 15, 2025
Pengguna aplikasi yang dikenali sebagai @pickyhn kemudiannya tampil mempertikai harga mee segera yang dikenakan oleh peniaga tersebut kepada pelanggan.
Menurut individu tersebut, harga tersebut boleh dikategorikan sebagai tidak masuk akal memandangkan ia dijual di tepi jalan.
Kedai pacak khemah tepi jalan pun dah jual RM20.
Kalau dah buka premis fizikal nanti nak caj berapa pula?
Ciapan yang dibuat individu tersebut kemudiannya menjadi perbualan dalam kalangan netizen di ruangan komen.
Ada di antara mereka bersetuju dengan pendapat @pickyhn malah ada juga yang tidak bersetuju dan berpendapat bahawa harga tersebut setanding dengan bahan basah yang digunakan peniaga tersebut.
Komen netizen
Sumber: TikTok, Aplikasi X