Sekian lama berdiam diri dan tidak muncul di media sosial, penampilan terkini Ira Kazar telah menyorot perhatian wargamaya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ira Kazar Nampak Berseri, Kongsi Video Bermain Dengan Anak Kecil
Artikel Berkaitan: Yusof Haslam Jawab Dakwaan Ira Kazar Sudah Bersalin? – ‘Kalau Betul Pun Saya Tak Boleh Komen, Nanti Jadi Lain’
‘Doakan dia mengandung’
Menerusi perkongsian di TikTok @wiwiedarvienda, Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin dilihat sedang duduk sambil bermain telefon bimbit.
Namun apa yang mencuri pehatian netizen adalah wajah Ira yang dikatakan semakin cantik dan berseri-seri.
Ira yang mengenakan tudung berwarna hitam dan dipandankan dengaan kemeja putih sempat mengukir senyuman di bibir.
Difahamkan, video tersebut diambil ketika Ira menziarahi ahli keluarganya di sebuah pusat perubatan.
Sementara itu, pemilik akaun tersebut yang merupakan bekas kakak ipar meminta orang ramai mendoakan isteri kepada pengarah Syamsul Yusof dikurniakan cahaya mata.
Alhamdulillah, doakan rezeki dia (Ira) mengandung dan jadi ibu.
Sebelum ini, Ira sering berkongsi video masakan dengan pengikutnya. Namun, kali terakhir berkongsi resipi adalah pada Oktober tahun lalu sebelum tiba-tiba berdiam diri dari bermain media sosial.
Dalam pada itu, timbul dakwaan yang mengatakan Ira kini sedang hamil dan berikutan itu dia tidak lagi aktif memuat naik hantaran di media sosial.
Bagaimanapun, sehingga kini pasangan itu masih lagi mengunci mulut tentang dakwaan tersebut.
Terdahulu, Syamsul mengejutkan ramai pihak apabila mengumumkan sudah bernikah dengan Ira pada Januari 2023.
Pada Jun tahun lalu pula, Syamsul sah bercerai talak satu dengan isteri pertamanya, Puteri Sarah. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 6 tahun.
Video
@wiwiedarviendaMakTeh dtg dgn Dibuu..? thankyou melawat Rafa??? original sound – WIWIE DARVIENDA
Sumber: TikTok