Baru-baru ini viral di media sosial mengenai satu video yang memaparkan seorang pengawal keselamatan di lebuh raya berang dengan tindakan biadap mat motor yang tidak menggunakan laluan motosikal sebaliknya memasuki laluan tol berpalang. Perkongsian itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan sikap tidak bertanggungjawab sekumpulan penunggang motosikal tersebut.
Dah tegur tapi mereka berdegil
https://www.facebook.com/sale.hudin.391/videos/pcb.2569988613325062/1999437906869492/?type=3&theater
Menerusi laporan Harian Metro, tindakan mat motor tersebut telah menyebabkan siren kecemasan di laluan tersebut telah berbunyi dan sekaligus mengganggu pengguna jalan raya yang melalui kawasan Plaza Tol Kampung Lekir, Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE), Sitiawan.
Menyedari kejadian itu, pengawal keselamatan, Mohammad Yahya yang bertugas pada ketika itu telah menghalang mereka daripada melalui lorong tersebut tetapi mereka langsung tidak mengendahkannya. Berang dengan sikap penunggang motosikal yang degil itu, pengawal keselamatan tersebut kemudian bertindak ‘mencepuk’ salah seorang daripada mereka.
Saya hanya ‘cepuk’ (pukul) sikit saja untuk memberi pengajaran kepada penunggang motosikal itu dan rakannya yang lain kerana tidak mengendahkan arahan supaya menggunakan laluan yang disediakan.
Saya lihat mereka seolah-olah tidak takut dan sebab itu saya terpaksa tinggikan suara dan ‘cepuk’ seorang penunggang motosikal tetapi tidaklah kuat pun, tangan saya juga terkena topi keledar dia.
Tiada niat nak berkasar
Tambahnya lagi, dia langsung tidak berniat untuk berkasar sebaliknya cuma ingin memberi pengajaran kepada mereka. Menurut Mohammad Yahya lagi, kemungkinan kumpulan motosikal itu beranggapan bahawa lebuh raya tersebut yang dilihat lengang dan tidak sesak dengan kenderaan membuatkan mereka boleh bertindak sesuka hati.
Namun sebagai pengguna jalan raya kita sepatutnya mengikut segala peraturan yang telah ditetaplam dan melalui lorong yang betul supaya dapat mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku.
Saya minta maaf kalau ada pihak yang tidak senang dengan tindakan saya, tetapi perbuatan mereka perlu diberi pengajaran kerana tidak menggunakan laluan yang betul sehingga mengganggu pengguna kenderaan lain.
Sumber: Sale Hudin, Harian Metro