Personaliti media sosial, Andika Putera dilihat sering meluangkan masa dengan cahaya matanya, Alisha Puteri meskipun sudah berpisah bersama bekas isteri.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Andika Putera Tampil Mohon Maaf & Mengaku Khilaf – ‘Saya Perlu Berhati-Hati Selepas Ini’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Semasa Saya Duduk Dengan Mak Mentua Dah Curang, Alisha Nak Masuk Umur Tiga Tahun Pun Masih Lagi Curang’ – Ananda Natasha
Tanggungjawab sebagai bapa
@andikaputeraa MashaAllah, tak sabar jumpa Alisha for next week??? Anak kesayangan papa, kekuatan semangat papa setiap hari? Siapa sini yang mcm Dika? Komen “??”????
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Andika atau nama lengkapnya Muhamad Andika Putera Salleh, sedang membuat panggilan video bersama puterinya.
Dalam pada itu, kelihatan Andika mengesat air mata kerana berasa sebak melihat Alisha masih memakai rantai emas yang dihadiahkannya.
Oh! Pakai lagi rantai papa..sayang papa.
Seusai selesai panggilan video tersebut, pempengaruh berusia 27 tahun berkenaan mengakui anak adalah pendorong kepada kejayaan seorang bapa.
Tadi mak dia kata, dia menangis-nangis nak telefon saya.
Bila kita tengok muka anak kita ini, ia adalah satu semangat. Rasa macam nak buat yang paling terbaik untuk anak, Insya-Allah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet menyifatkan Andika sebagai bapa yang baik dan bertanggungjawab meskipun sebelum ini tular dengan kisah rumah tangganya serta terpalit dakwaan curang.
Dia seorang ayah yang sangat baik, ayah yang sangat berlemah lembut dengan anaknya. Seronok tengok dia bercakap sopan dengan anak, tak jerit-jerit.
Seorang ayah akan tetap memikirkan anak-anak dia walau apa pun yang berlaku.
Kasih sayang ayah tak boleh menipu.
Tak kisah apa masalah dia, ambil yang baik. Dia tak lupa anak dia, apa yang jadi pun dia tetap ayah yang bertanggungjawab.
Anak perempuan memang akan rapat dengan ayah.
Terdahulu, Andika memberi penjelasan panjang lebar berhubung isu curang dan perceraiannya untuk mempertahankan diri.
Natasha sebelum ini mendedahkan dan mendakwa bekas suaminya berlaku curang semasa mereka masih lagi berstatus suami isteri.
Terdahulu, desas-desus yang mengatakan mereka sudah bercerai akhirnya terjawab apabila Natasha dan bekas suaminya dilihat hadir bersama ke mahkamah dan kemudian memaklumkan perkara tersebut di media sosial.
Untuk info, selama empat tahun mendirikan rumah tangga, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.
Sumber: TikTok Andika Putera