berita

[VIDEO] Netizen Tak Habis Suruh ‘Get Back’ Dengan Sharnaaz, Noor Nabila Bagi Respon – ‘Kami Dah Ada Kehidupan Masing-Masing’

October 17th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

sharnaaz nabila jebat jayden

Video promosi satu produk berasaskan makanan yang dibuat oleh pelakon Sharnaaz Ahmad dan bekas isteri, Noor Nabila serta Jebat Jayden mencuri perhatian warganet di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sharnaaz Ahmad Percaya Mommy Jebat Kuat, Mampu Hadap Dugaan Bercerai

Video ‘shooting’ bersama

Menerusi rakaman yang dimuat naik di Instagram (IG), Sharnaaz, Nabila dan Jebat dilihat menjayakan babak untuk video pemasaran (marketing) bagi jenama makanan terkenal.

Susulan perkongsian tersebut, wargamaya tidak henti mendoakan agar Sharnaaz, 39, dan Nabila kembali bersatu semula sebagai pasangan suami isteri. Ada juga segelintir yang menyifatkan jodoh di antara aktor dan kakak kepada Neelofa itu sangat kuat.

Tolong abang (Sharnaaz) bersatu semua dengan akak (Nabila). Nampak jodoh korang kuat sangat.

Kami sokong rujuk balik.

Get back la, saya suka tengok korang berdua.

Rujuk balik, janji bahagia. Ego tolak tepi. Bahagia sama-sama.

Doa untuk anak saja

Sharnaaz Nabila

Bagaimanapun, usahawan berumur 39 tahun itu mencelah di ruangan komen dengan memohon agar orang ramai mendoakan untuk kebaikan anak lelakinya sahaja.

Kata Nabila, dia dan Sharnaaz atau nama sebenarnya, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad sudah mengikut haluan masing-masing serta mempunyai kehidupan sendiri.

Sebelum itu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020 di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.

Kemudian, Nabila dan Engku Emran sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pada 25 September lalu.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×