berita

[VIDEO] ‘Happy Birthday Dear Amelia’- Sharnaaz Ahmad Sambut Hari Lahir Kekasih Bersama Jebat Jayden

August 18th, 2023 | by Yong
Kini Trending

Pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad menyambut ulang tahun kelahiran kekasihnya, Amelia Christie yang juga merupakan seorang aktres di sebuah restauran.

Artikel Berkaitan: Amelia Christie Kongsi Detik Awal Pertemuan Dengan Sharnaaz Ahmad – ‘Dia Sangat Tegas’

Sambut ulang tahun

Menerusi perkongsian di Instagram Story (IG), Sharnaaz, 37, berkongsi momen menyambut ulang tahun kelahiran Amelia, 23 bersama anak tunggalnya Jebat Jayden di sebuah restauran.

Di hantaran itu, Sharnaaz menitipkan doa berserta ucapan buat kekasihnya yang bakal menceburi bidang perniagaan.

Happy birthday dear Amelia. Semoga sentiasa sihat, bahagia dan dilimpah kan dengan rezeki yang melimpah ruah dan good luck in your new business ACL. Amin.

Terdahulu, setelah mendapat perhatian ramai ketika hadir bersama di Malam Gala Polis Evo 3, Sharnaaz dan Amelia mengakui mereka sedang berkenalan rapat.

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama kakak kepada usahawan popular, Neelofa iaitu Noor Nabila pada Mac 2017 namun bercerai pada Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden, 6.

Video

@ohbulanofficial Amboi happynya Jebat Jayden ? #ohbulan #sembangentertainment #sharnaazahmad #sambut #birthday #amelia #jebatjayden ? original sound – OHBULAN!

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×