berita

[VIDEO] Netizen Tarik Balik Kecaman, Puji Suara Syada Amzah ‘Cover’ Lagu Tagalog – ‘Sedap Sangat, Kembangkan Di Luar Negara’

December 29th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Syada Amzah

Sebelum ini, penyanyi Syada Amzah menerima kecaman netizen apabila memuat naik video memaparkan dia merakam semula atau ‘cover’ sebuah lagu arab berjudul Kalam Eneih.

Artikel Berkaitan: ‘Bernafas Pun Orang Tak Suka..Saya Tak Harap Orang Sukakan Saya’ – Syada Amzah

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Suara Shila Amzah Lagi Sedap Berbanding Syada, Tuan Badan Balas – ‘Jangan Risau, Saya Peminat Dia’

Netizen puji pula

Syada Amzah

Terbaharu, Syada memuat naik video dia menyanyikan sebuah lagu Tagalog (Filipina) berjudul Ikaw At Ako.

Dalam video berkenaan, adik kepada penyanyi terkenal Shila Amzah itu dilihat mengenakan baju serba putih yang dipadankan dengan selendang berona sama.

Bagaimanapun, lain pula cerita kali ini apabila rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas memuji nyanyian Syada menyampaikan lagu berkenaan.

Kata netizen, penyanyi berusia 25 tahun itu memiliki suara yang lunak, tetapi perlu bijak memilih lagu yang sesuai dengan warna suaranya.

Dalam masa sama, netizen turut mendoakan kejayaan Syada dalam bidang nyanyian dan yakin dia boleh menempa nama seperti kakaknya.

Tidak kurang juga, ada yang meminta Syada untuk mengembangkan bakatnya ke luar negara.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

Sumber: Instagram 

 

SKIP THIS AD ×