berita

[VIDEO] Netizen Puji Suara Shila Amzah Lagi Sedap Berbanding Syada, Tuan Badan Balas – ‘Jangan Risau, Saya Peminat Dia’

December 3rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Syada Amzah

Penyanyi Syada Amzah memuat naik sepotong video memperlihatkan dia menyanyikan semula atau ‘cover’ sebuah lagu bahasa arab berjudul ‘Kalam Eneih’ di Instagram miliknya.

Artikel Berkaitan: Syada Amzah Bagi Percuma Kucing, Cuma Perlu Bayar RM30 Untuk ‘Carrier’ Baru – ‘Tak Jual Sebab Makhluk Bernyawa’

Artikel Berkaitan: Syada Amzah Nafi Bela 50 Kucing – ‘Sekarang Masih Sibuk Pindah Rumah’

‘Suara tak sedap’

Menerusi video berkenaan, Syada yang mengenakan busana dan tudung berona hitam dilihat begitu ceria menyanyikan lagu berkenaan sambil menggerakkan tubuh badannya.

Bagaimanapun, apa yang mencuri perhatian adalah komen yang ditinggalkan seorang netizen di ruangan balas.

Individu terbabit mengatakan nyanyian Syada tidak enak didengari, sebaliknya memuji suara kakaknya iaitu penyanyi popular Shila Amzah.

Tak sedap pun nyanyi, sedap lagi Shila nyanyi.

Komen berkenaan telah menyorot perhatian Syada lalu membalas dengan mengatakan dirinya juga merupakan peminat kepada kakaknya.

Tidak apa, jangan risau, saya juga peminat dia.

Sementara itu, menerusi pemerhatian OhBulan!, komen tersebut bagaimanapun telah dipadam Syada selang beberapa jam kemudian.

Video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by #HasratSyada (@syadaamzahh)

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×