Gelagat spontan anak kepada pelakon Rita Rudaini iaitu Arjuna dan Rayyan ketika bersiaran langsung di TikTok baru-baru ini mencuri tumpuan ramai.
Anak Rita live jual sambal
Menerusi sedutan video siaran langsung yang dikongsikan semula di TikTok memaparkan anak sulung Rita iaitu Airit Rayyan Rizqin dan anak bongsunya, Airit Qaqa Arjuna sedang membantu menjual produk makanannya iaitu Sambil Bilis Petai.
Tetapi apa yang mencuri perhatian ramai adalah gelagat dua beradik ini yang malu dan segan apabila berada di hadapan kamera namun terpaksa memberanikan diri demi membantu ibu tersayang.
Sedang asyik membaca dan melayan komen penonton di TikTok, Rayyan dan Qaqa dengan selambanya bercakap menggunakan loghat Utara seperti ibu mereka. Meskipun nampak agak kekok tetapi dua beradik itu cuba sedaya upaya memenuhi permintaan ibu mereka yang mahukan mereka berbicara menggunakan loghat utara.
Tidak terhenti di situ, dua beradik ini kemudian diminta melakonkan satu babak untuk mempromosikan sambal bilis petai dan sambal ikan masin milik ibu mereka.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat dua beradik ini. Mereka juga mengakui tidak pernah melihat sisi lain Rayyan dan Qaqa malah selama ini mereka hanya melihat dua beradik ini tersipu malu dan senyap setiap kali di hadapan khalayak ramai.
Comel dua beradik ni, semoga sukses ya
Bagus anak dia ni, dengar cakap maknya
Abang (Rayyan) ada bakat berlakon
Kelakar betul, lawak lah dua beradik ni
Alhamdulillah anak-anak dah besar, semoga menjadi anak yang soleh dunia akhirat
Video
@yaraaa.co #ritrud727 #ritarudaini #fyp #foryoupage #artismalaysia #viralvideo ? original sound – yra•
@aien_shau sambal petai nasi lemak rita rudaini #sambalritarudaini #sambalnasilemakritarudaini #ritarudaini ? original sound – Aien_shau
Sumber: TikTok