Penyanyi Indonesia, Rizky Febian mencuri perhatian netizen ketika menjadi tetamu undangan di majlis perkahwinan pelakon, Chand Kelvin dan isterinya, Dea Sahirah.
Artikel Berkaitan: Hidung Nampak Lebih Mancung, Mahalini Buat Pembedahan Bukan Untuk Kecantikan Tapi Kesihatan?
Hidung jadi perhatian
@nurhikmw keseruan di acaranya resepsi chand & dea ada guest star rizky febian??? #rizkyfebian #mahalinirizkyfebian #fyp #xyzbca #fyp #foryou ? suara asli – Nur Hikmawati
Menerusi video dimuat naik @nurhikmw, Rizky yang memakai baju suit berona hitam dilihat sedang mendendangkan lagu nyanyiannya sendiri yang bertajuk ‘Seperti Kisah’ sambil diiringi dengan band orkestra.
Nyanyian merdu pemilik nama Rizky Febian Adriansyah Sutisna ini juga dimeriahkan lagi dengan sorakan para tetamu yang hadir.
Namun, lain pula yang diperhatikan netizen apabila rata-ratanya membicarakan soal penampilan baharu Rizky yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan di Korea Selatan.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terkejut melihat keadaan hidung pelantun lagu ‘Berona’ itu yang kelihatan lebih mancung dari sebelumnya.
Sekadar info, Rizky yang difahamkan menderita masalah sinus sejak baru sahaja selesai menjalani pembedahan tersebut bersama isterinya, Mahalini di Korea Selatan.
Sebelumnya, perubahan ketara pada hidung Mahalini sewaktu membuat kemunculan di Funtastic Day 2024 turut menyorot perhatian netizen.
Komen netizen
Sumber: TikTok