berita

[VIDEO] Netizen Terubat Rindu Lihat Diana Danielle Kembali Ceria -‘Gembira Lihat Awak Tersenyum’

June 12th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Netizen meluahkan rasa gembira sekali gus mengubati kerinduan selepas melihat pelakon jelita Diana Danielle mengukir senyuman dalam sepotong video yang dikongsikan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Bersuara, Nafi Terima 8 Cincin Daripada Farid Kamil

Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Diana Terima Barang Kemas Yang Saya Bagi’ – Farid Kamil

Kembali tersenyum

Menerusi video yang dimuat naik di laman TikTok, Diana atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, 31, sedang melakukan salah satu trend yang popular di laman sosial tersebut.

Trend yang dimaksudkan adalah seseorang yang mula dilamun cinta dan dibuai perasaan sayang namun kembali teringat akan kisah duka terdahulu pernah dicurangi.

Dalam video berkenaan, Diana yang mengenakan baju berwarna hitam dilihat tersenyum lebar untuk beberapa saat sebelum wajahnya kembali berubah seperti biasa.

Netizen gembira

Menjengah ke ruangan, rata-rata netizen gembira melihat aktres itu kembali ceria dan tersenyum seperti dahulu.

Malah, ibu kepada dua cahaya mata itu sempat membalas kepada salah satu komen peminatnya dengan menyampaikan ucapan terima kasih.

Video

@diana.danielleSigning out? 3:15 (Slowed Down + Reverb) – Russ

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×