berita

[VIDEO] Netizen Teruja Tengok Lelaki Ini Bawa 4 Isteri & 13 Anak ‘Shopping’ Raya – ‘Dah Macam Trip Company’

April 19th, 2022 | by Shahira
Kini Trending

Hampir dua minggu kita mengerjakan ibadah berpuasa, pasti ramai dalam kalangan rakyat Malaysia sedang membuat persiapan raya termasuklah membeli baju raya, kuih-muih dan sebagainya.

Di sebalik kesibukan orang ramai membuat persiapan Aidilfitri, gelagat satu keluarga ini sedang membeli-belah telah mencuri tumpuan ramai.

Shopping raya dengan 13 anak, 4 isteri

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, Cikton775 atau lebih dikenali dengan nama Fazlin berkongsi detik bahagianya ketika keluar membeli-belah persiapan raya bersama empat orang isteri serta 13 orang anak-anaknya.

Meskipun datang beramai-ramai ke kompleks membeli-belah tetapi ianya bukanlah menjadi satu masalah buat mereka. Menerusi video pendek yang dikongsikan, kelihatan keluarga besar ini cukup meriah dan bahagia.

Baba tak rasa berjalan dengan anak-anak, terasa berjalan dengan kaawan-kawan bila anak-anak kau semua dah besar.

Sementara di ruangan kapsyen, lelaki ini sempat berseloroh mengatakan dia merasa seperti mengadakan sebuah lawatan percutian bersama rakan sekerja apabila keluar bersama isteri-isteri dan anak-anaknya.

Bila kau bawa 13 orang anak, 4 orang isteri pergi pusat beli-belah untuk beli baju raya, dah macam trip syarikat jalan-jalan.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji sifat adil lelaki berkenaan serta kagum melihat hubungan keluarga tersebut yang keluar membeli persiapan raya bersama-sama tanpa rasa kekok.

Video

 

Komen netizen

Sumber: Cikton775

SKIP THIS AD ×