Sebelum ini, segelintir netizen meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pelawak dan penyampai radio, Shuib yang telah menamatkan zaman dudanya, pada Jumaat lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Masa Arwah Hidup Tak Pernah Watie Main Golf Dengan Shuib’ – Ibu Shuib
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Watie Fokus Besarkan Anak-Anak Shuib, Belum Rancang Zuriat Sendiri
Ini kerana, netizen berpendapat dua tahun bergelar duda selepas kematian isteri pertama iaitu penyanyi arwah Siti Sarah merupakan tempoh masa yang sekejap.
Malah, ada juga segelintir netizen yang mengatakan tindakan Shuib menikahi usahawan Watie Hanifiah seperti ‘menduakan’ arwah.
Abang arwah back up
Susulan itu, abang kepada arwah Siti Sarah iaitu Ahmad Firdous Raisuddin tampil mempertahankan adik iparnya.
Menerusi perkongsian di TikTok, Firdous menyifatkan komen yang dilemparkan netizen sebagai mengarut dan melampau.
Malah, Firdous turut menasihati netizen untuk mendalami ilmu agama terlebih dahulu sebelum meninggalkan komen sedemikian.
Saya rasa mereka (netizen) dah semakin merapu, macam-macam dikatakan. Lain kali kalau tidak tahu hukum agama, rujuklah dahulu kemudian baru tulis.
Menerusi perkongsian tersebut juga, Firdous turut memuat naik tangkap layar yang memaparkan komen netizen yang mendakwa Shuib tidak akan bertemu dengan arwah di Syurga kerana telah bernikah sekali lagi.
Sementara itu, Firdous turut menyertakan sepotong klip video ceramah pendakwah bebas Ustaz Azhar Idrus berhubung hukum perkahwinan suami selepas kematian isteri.
Terdahulu, Shuib dan Watie selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis pernikahan yang diadakan di Putra Glass House, Shah Alam, 23 Jun lalu.
Untuk rekod, Shuib pernah mendirikan rumah tangga denga Allahyarham Siti Sarah Raisuddin pada 2011.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Namun, Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.
Video
@ahamdfirdousraissuddin Makin lama makin merapu kome ni!! Lain kali kita refer dulu baru tulis soal agama. #CapCut #shuibwatie #raissuddinfamily ? original sound – ahmadfirdousraissuddin
Sumber: TikTok