Memang tak dinafikan, penggunaan ‘pick up line’ seakan sudah menjadi satu trend dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan lelaki bagi memulakan komunikasi atau untuk memikat seseorang. Selain itu, pick up line juga sering digunakan untuk tujuan bergurau dan sebagainya.
Itulah yang dilakukan oleh seorang pengawal keselamatan ini yang secara spontan memberi pick up line kepada beberapa orang gadis. Smooth je!
Dapat ‘pick up line’
Berdasarkan video pendek yang dikongsikan di TikTok, Fadhlin bersama rakannya telah memberhentikan keretanya untuk bertanya arah laluan kepada seorang pengawal keselamatan yang berada di situ. Lelaki terbabit yang kelihatan agak peramah telah membantu memberikan tunjuk arah kepada gadis-gadis ini. Tetapi apa yang lebih menarik perhatian ramai adalah ‘kata-kata’ yang dikeluarkan oleh pengawal keselamatan tersebut. Sebelum gadis ini bergerak ke tempat yang ingin dituju, pengawal keselamatan itu dengan spontan telah memberikan pick up line kepada mereka.
Apa beza antara akak dengan Ronaldo? Ronaldo pemain bola tapi awak bermain di fikiran saya.
Gadis-gadis ini kemudian tertawa sebaik sahaja mendengar pick up line tersebut. Boleh dikatakan, mereka langsung tidak menjangka kata-kata itu akan keluar dari mulut pengawal tersebut. Smooth je ayat dia! Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut terhibur melihat gelagat individu ini. Bahkan mereka memuji keramahannya dan berpendapat bahawa lelaki ini sangat ‘enjoy’ dengan kerjanya itu.
Kelakar lah!
@fadhlinnnn_kitorang nak tanya jalan je? original sound – fadhlinnnn
‘Terus akak ni lupa direction’
Sumber: Fadhlinnnn_