Pelakon Niezam Zaidi menyatakan hubungan dengan pelakon Fify Azmi masih terjalin baik.
Artikel Berkaitan: Niezam Zaidi Ambil Iktibar Tiga Hari Dalam Lokap, Tidak Menuding Jari Kepada Sesiapa – ‘Itu Semua Adalah Hikmah’
Artikel Berkaitan: Niezam Zaidi Terkejut Dengan Keadaan Nonny Nadirah, Sifatkan Bekas Kekasih Wanita Baik – ‘Dia Suka Bersedekah, Jaga Keluarga’
Trauma dengan perkongsian secara terbuka
Ketika ditemui OhBulan!, pelakon berusia 32 tahun itu akui trauma dengan pengalaman lalu dengan perkongsiannya mengenai kisah peribadi secara terperinci.
Oleh demikian, Niezam enggan mengulas lanjut tentang hubungannya bersama Fify.
Sebelum ini saya selalu kongsi tentang cerita peribadi saya hingga menyebabkan ekspektasi manusia jadi terlalu tinggi.
Bila perkara yang kita rancang tak jadi, tapi dah diceritakan pada orang, itu mendatangkan stres pada saya.
Saya mengambil keputusan kali ini, biarlah kami sahaja yang tahu.
Menurut Niezam, pengalaman lalu mengajarnya untuk tidak menghebohkan sesuatu yang masih dalam proses.
Perancangan berkahwin
Berkongsi lebih lanjut, Niezam akui memiliki perancangan untuk ke peringkat yang lebih serius bersama pilihan hati.
Perancangan untuk lebih serius itu ada.
Insya-Allah semoga dipermudahkan.
Hubungan Fify dan keluarga saya juga baik.
Ujarnya, dia bakal memaklumkan berita gembira itu sendiri apabila tiba waktunya.
Dalam pada itu, Niezam memohon doa agar dipermudahkan urusan dalam usahanya untuk mendirikan rumah tangga.