berita

[VIDEO] ‘Nikah Ini Benar-Benar Sah’ – Didakwa Tipu Suami, Ini Penjelasan Joy Revfa

August 21st, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Baru-baru ini isu perkahwinan Hafiz Hamidun dan isterinya, Joy Revfa menjadi bualan hangat netizen. Isu ini mendapat pelbagai reaksi netizen yang ratanya tertanya-tanya mengenai status perkahwinan mereka.

Terbaru, menerusi siaran langsung dari Berita Harian Joy Revfa membuka mulut mengenai kemelut rumah tangganya. Dia menafikan apabila ada dakwaan yang mengatakan dia menipu Hafiz Hamidun mengenai statusnya masih isteri orang. Ini penjelasan Joy sendiri.

Perkahwinan tak sah

Joy Revfa telah memfailkan permohonan faraq iaitu pembubaran perkahwinan pada Jumaat lalu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling di Subang Bestari. Dia terpaksa membuat permohonan itu selepas Hafiz mula meragui perkahwinan mereka dengan mendakwa ia sebagai tidak sah.

Menerusi temu bual bersama wartawan pagi tadi, Joy mendakwa Hafiz Hamidun mengabaikan dirinya setelah mendapat tahu status perkahwinan mereka tidak sah. Joy turut merasakan dia teraniaya apabila Hafiz Hamidun meninggalkan tanpa penjelasan sebenar.

Menurut peguam yang mengendalikan kes ini, dia mendapat respon yang baik dari pihak bekas suami. Bekas suami juga turut terkejut dan terkilan dengan perkara ini. Mereka berharap agar semua pihak bersabar dan tidak membuat spekulasi sendiri.

Sumber : Berita Harian

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×