Nama pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia iaitu Nikita Willy mencuri tumpuan ramai susulan pengakuannya yang tidak pandai melakukan kerja-kerja rumah.
Artikel Berkaitan: Nikita Willy Sedih, Impian Nak Timang Anak Kedua Tak Kesampaian
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bapa Bankrap, Ibu Sanggup Gadai Cincin Beli Ayam Goreng Untuk Nikita Willy
‘Saya sibuk bekerja sejak kecil’
Menerusi video yang dikongsikan di Youtube, Nikita atau nama lengkapnya Nikita Purnama Willy memberitahu kesibukannya mencari rezeki sejak di usia muda menjadi salah satu faktor dia kurang mahir membuat kerja rumah termasuk menyapu dan menggosok pakaian.
Sebenarnya ibu pernah mengajar saya cara menyapu tapi saya tak pernah lakukannya kerana sibuk bekerja sejak kecil
Ibu kepada seorang anak itu juga akui tidak pernah memegang penyapu sejak kecil namun disebabkan usianya yang semakin meningkat apatah lagi sudah berkahwin, dia nekad untuk menyertai kelas pengurusan rumah tangga bagi memperbaiki kelemahan diri.
Berdasarkan video tersebut, kelihatan Nikita agak kekok memegang penyapu dengan cara yang betul.
Tangan kiri pegang penyodok, tangan kanan pegang penyapu? Betul ke caranya? Kenapa sampah tak masuk?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terutamaya para ibu sempat memberikan kata-kata semangat buat Nikita. Menurut mereka, menjadi seorang isteri dan ibu yang bekerjaya bukanlah satu perkara yang mudah.