Penyanyi, Noki menyimpan hasrat untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini namun masih belum menemui calon sesuai untuk dijadikan teman hidup.
Artikel Berkaitan: Noki K-Clique Dalam Proses Perbaiki Diri, Mohon Doa Agar Istiqamah – ‘Banyak Petanda Besar Kita Nampak, Saya Takut Dengan Apa Yang Berlaku’
Artikel Berkaitan: Noki K-Clique Mahu Keberkatan Rezeki, Cuba Elak Lakon Babak Bersentuhan – ‘Saya Percaya Rezeki Dari Allah’
‘Saya tak nak bercinta yang membazirkan masa’
Ketika ditemui OhBulan!, Noki atau nama lengkapnya Ahmad Ikhwan Aji berkata sebelum ini, dia menyimpan target untuk berkahwin pada usia 25 tahun namun masih belum dikurniakan rezeki jodoh meskipun usianya kini sudah mencecah 31 tahun.
Target seterusnya, saya mahu mendirikan rumah tangga adalah pada usia 31 tahun (2025), tapi itulah calon tak ada. Keinginan nak kahwin tu memang ada dan kuat. Saya tak nak bercinta yang membazirkan masa.
Dalam pada itu, Noki akui keinginannya untuk mempunyai pasangan hidup semakin membuak-buak apabila melihat rakan-rakan seperjuangannya dalam industri muzik seperti MK K-Clique sudah bahagia memiliki keluarga sendiri.
Noki berkata demikian ketika ditemui di malam konsert Meletop yang berlangsung di IOI City Mall, baru-baru ini.
‘Saya nak wanita bertudung, faham agama’
Sementara itu, apabila ditanya mengenai ciri-ciri calon isteri yang diimpikannya, Noki berkata dia mahukan seorang wanita yang menutup aurat selain memahami kerjayanya sebagai anak seni.
Saya tak kisah calon isteri saya adalah orang dalam industri seni atau tidak tapi ciri yang saya nak adalah wanita yang bertudung, faham agama dan kerja saya.
Tambah Noki, selain mahu mendirikan rumah tangga, dia juga memasang impian untuk memiliki perniagaan jenamanya sendiri dan membeli rumah pada tahun ini.