Usahawan dan ibu kepada selebriti media sosial, Noor Nabila iaitu Datin Noor Kartini membuat kejutan dengan memberikan sejumlah wang kepada anak perempuannya itu.
Artikel Berkaitan: Noor Nabila Adakan Majlis Tahlil Untuk Arwah Bapa Sharnaaz – ‘Jadikanlah Syurga Sebagai Ganti Tempat Tinggalnya’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Baru Minggu Lepas Beli Kereta, Noor Nabila ‘Angkat’ Pula Range Rover Berharga RM2.5 Juta?
Kartini bagi Nabila RM200k?
@rosixomar25 Citer sini hbs sini!! #rosixomar ? original sound – Rosixomar
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, memaparkan dua beranak itu termasuk rakan baik Nabila iaitu Rosix berada di sebuah restoran.
Tiba-tiba Kartini mengeluarkan satu keping cek dari beg tangannya sebelum menyerahkan kepada Nabila. Menurut Kartini, wang tersebut merupakan penghargaan buat anak perempuannya itu yang banyak membantu mereka sekeluarga dalam pelbagai hal termasuk menguruskan perniagaan.
Ini wakil daripada mama dan adik-adik Bella (Nabila), nak ucap terima kasih sebab Nabila kongsi rezeki dengan keluarga walaupun dia boleh je nak buat untuk diri dia sendiri, tak perlu kongsi. Tapi dia tetap nak buat sama-sama.
Mama memang niat nak bagi. Dia memang dah banyak duit tapi tak apa, ini berkat duit mak. Duit ni tak kongsi pun, duit mama seorang tapi bagi pihak adik beradik.
Terharu dengan pemberian tersebut, Nabila mengucapkan terima kasih kepada ibunya dan memaklumkan akan melakukan yang lebih pada masa akan datang.
Nampaknya lepas ini kita kena lebih fokus ya.
Meskipun tidak mendedahkan berapakah amaun yang diterima tetapi rata-rata netizen meneka bahawa jumlah tersebut berjumlah RM200,000.
RM200,000 tu
Baru lah old money, bagi cek tak bagi cash
Alhamdulillah, rezeki dapat seorang mama untuk seorang anak. Semoga dipermudahkan segala urusan didunia dan akhirat
Rezeki Nabila sebab berbahagi rezeki dengan keluarga
The brain behind all the family business
‘Kena lebih fokus ya’
@rosixomar25 Citer sini hbs sini!! #rosixomar ? original sound – Rosixomar
Sumber: TikTok Rosix