Usahawan Noor Nabila menegur sikap segelintir netizen yang meninggalkan komen sehingga menimbulkan fitnah mengenai hubungannya bersama bekas suami, Sharnaaz Ahmad.
Artikel Berkaitan: Noor Nabila Zahir Ucapan Takziah, Titip Kata Semangat Buat Sharnaaz & Keluarga
Artikel Berkaitan: Sharnaaz Ahmad, Nabila & Jebat Jayden Bercuti Bersama, Main ‘Snowboard’ Di French Alps
Tegur netizen
@milahbunga Aiyoooooookk firstime tengok Nabila marahhh ?? #fyp #fypage #foryou #foryoupageofficiall #fyppppppppppppppppppppppp #noornabila #sharnaazahmad #atishakhan ? original sound – Milah Bunga
Menerusi klip potongan siaran langsung di Instagram (IG), Nabila atau nama lengkapnya Noor Nabila Mohd Noor dilihat berang dengan komen seglintir netizen yang membuat andaian mengenai percutian di French Alps, Perancis bersama keluarga kecilnya.
Menurutnya, tiada sebarang proses rujukan antara dirinya dan Sharnaaz.
Kami ini tiada rujuk, tiada kahwin.
Kita kawan.
Jangan jadi netizen yang bodoh, jadi netizen yang cerdik.
Netizen ini sebenarnya nak tengok suami isteri yang bergaduh dan muat naik di sosial media.
Yang elok macam kami, macam-macam fitnah.
Dalam pada itu, usahawan berusia 40 tahun itu memohon agar tidak meninggalkan komen yang mendatangkan sebarang fitnah kepada keluarganya.
Baik demi anak
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji Nabila dan Sharnaaz yang mengekalkan hubungan baik demi anak. Selain itu, warganet turut memuji ibu kepada Jebat kerana berterus terang untuk mengelakkan gosip murahan.
Sumber: TikTok @milahbunga, Instagram @noornabila