Pelakan Nor Albaniah akui kesunyian dan menerima jodoh tanpa mengambil kira faktor usia.
Artikel Berkaitan: Noralbaniah Enggan Ungkit Kisah Masa Lalu Anak
Artikel Berkaitan: Anak Dipenjara Akibat Dadah, Noralbaniah Anggap Ujian Hidup -‘Dia Bukan Calang Orang, Berpendidikan Tinggi’
Rasa sunyi
Ketika ditemui OhBulan!, Albaniah atau nama lengkapnya Nor Albaniah Raffie, 55, hanya menanti orang yang tepat untuk mendekatinya.
Menurut Albaniah, ciri-ciri lelaki itu cukup sekadar memahami kerenahnya.
Kalau dua tahun lepas, jawapan saya lain. Tapi sekarang lain.
Kalau dulu saya tak nak. Tapi sekarang saya sunyi.
Kalau ada orang nak, saya nak kahwin.
Saya nak orang yang faham kerenah saya.
Ujarnya, usia tidak menjadi penghalang jika individu itu memiliki personaliti yang matang.
Nor Albaniah berkata demikian ketika ditemui pada Tayangan Perdana Limbungan: Tragedi Hitam 1975, di Starling mall, pada Isnin.
Tidak percaya aplikasi jodoh
Dalam pada itu, Albaniah memilih untuk mengenali seseorang secara bersemuka.
Saya ini orang yang terlalu berhati-hati.
Saya tak percaya pada aplikasi jodoh.
Kalau nak kenal saya, terus saja approach.
Albaniah turut memohon doa daripada orang ramai agar dipertemukan dengan insan yang baik buat dirinya.