Penyanyi, Datuk Nora Ariffin berdepan situasi yang tidak diingini dengan mendakwa dirinya telah diekori oleh individu yang tidak dikenali.
Artikel Berkaitan: Nora Ariffin Ikut Nasihat Suami, Tak Mahu Berbalah Isu Keluarga Di Media Sosial – ‘Kita Dah Tua, Kena Bertindak Lebih Matang’
Artikel Berkaitan: Anak Tiri Nora Ariffin Luah Perasaan, Kongsi Gambar Ibu Bapa – ‘Sudah Kahwin Puluh Tahun Ini Yang Senyap, Tak Ada Tayang Menayang’
Kereta kena ‘block’
View this post on Instagram
Menerusi perkongsian di Instagram, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin berkongsi tentang detik cemas yang dilaluinya apabila menyedari terdapat sebuah kenderaan mengikutinya.
Saya memandu seorang diri dan parkir di tempat letak kereta untuk beli pisang goreng. Kemudian semasa berjalan ke kereta, saya nampak ada sebuah kereta ‘four wheel drive’ ikut saya.
Saya terus masuk dalam kereta dan cepat-cepat kunci.
Saya tengok kereta tersebut ‘block’ kereta saya dari belakang dan saya tak dapat keluar dari tempat parkir.
Menurut penyanyi berusia 52 tahun itu, dia mendakwa ternampak dua orang lelaki berada di dalam kenderaan tersebut.
Nora kemudian membaca doa pendinding diri selepas panik kerana ketakutan.
Saya tengok cermin, dia buka tingkap lalu saya nampak dua orang lelaki berbadan agak besar.
Saya cepat-cepat baca doa pendinding diri dan minta pertolongan daripada Allah.
Dalam seminit selepas itu, mereka terus pergi dan saya pun segera tinggalkan tempat itu.
Pesanan kepada wanita
Dalam pada itu, pelantun lagu Di Persimpangan Delima tersebut menitipkan nasihat kepada kaum wanita di luar sana agar sentiasa berhati-hati dan mengamalkan doa untuk melindungi diri.
Moralnya, saya nak pesan kepada kaum wanita, tolong berhati-hati di luar sana. Kita tak tahu apa akan jadi. Perlu sentiasa berjaga-jaga, amalkan doa pelindung diri dengan izin Allah.
Tadi saya memang berharap pada Allah sahaja sebab seorang diri, Alhamdlulillah syukur tapi masih menggeletar sebab panik.
Saya terfikir, macam mana kalau dia datang dengan kapak dan parang lalu buka cermin, apa yang saya boleh lakukan? Sebab saya tak boleh nak ke mana-mana mereka sudah ‘block’ kereta.
Sumber: IG Nora Ariffin