Pelakon Nora Danish memberitahu dia sudah memasang niat untuk mengenakan hijab sejak dua tahun lalu ketika usianya menginjak empat dekad.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Imej Berhijab Jadi Tumpuan, Nora Danish Tampil Beri Penjelasan – ‘Lebih Senang Pakai Pakaian Menutup Aurat’
Artikel Berkaitan: Ramai Lelaki Cuba Nasib Pikat Hati Nora Danish, Siap Mengaku Bawa Kereta & Motor Lepas Tangan!
Pintu hati terbuka
Ketika ditemui OhBulan! pemilik nama lengkap Nora Mohd Danish Hanif, 42, berkata dia juga tidak menolak rutin menghadiri majlis ilmu sejak Mei lalu telah membuka pintu hatinya untuk bertudung.
Rakan baik saya, Betty Rahmad kerap menganjurkan majlis ilmu di kediamannya dan saya biasanya sebulan sekali akan ikuti jika tiada urusan lain.
Tetapi apabila pulang saya kadangkala malu terhadap diri sendiri kerana masih tidak berubah walaupun kerap mendengar ceramah agama.
Perkara itu sedikit sebanyak menjadi penyebab untuk saya melakukan perubahan ini
Nora berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media drama Perang Nasi Dagang yang diadakan di Stor Teater, Kuala Lumpur pada Selasa.
Berdoa agar terus kekal istiqamah, Nora berkata ibunya menitiskan air mata apabila mendapat tahu dia mengambil keputusan untuk bertudung.
Ramai yang mendoakan perkara ini sebelum ini tetapi saya belum bersedia nak berikan komen. Ini kerana saya ini pun masih baharu dan bimbang dituduh riak.
Saya pun masih belajar dan perlahan-lahan untuk menjadi muslimah lebih baik. Saya sedang cuba kerapkan diri untuk hadirkan diri ke majlis agama untuk dapatkan ilmu.
Ibu adalah orang pertama yang terkejut dan menitiskan air mata apabila melihat perubahan ini.
Sementara itu, ditanya mengenai reaksi bekas suami, Nora menjawab Nedim Nazri terkejut dan memuji keputusannya itu.
Saya memakai tudung pada hari selepas dia masuk wad di sebuah hospital baru-baru ini. Sudah tentu dia pun gembira malah dia turut memuji saya kelihatan cantik mengenakan tudung.
Pada masa sama, saya ada juga terfikir semua yang berlaku ini adalah satu dugaan untuk saya terutama ketika diuji bekas suami sedang sakit. Jadi saya ambil hikmah ini dan nekad untuk berubah.
Sebelum ini, penampilan Nora yang bertudung di laman sosial telah mencetuskan tanda tanya ramai sama ada ia imej kekal atau hanya ke majlis ilmu.
Malah, Nora juga lebih selesa untuk tidak menjelaskan mengenai perkara itu meskipun sedar ramai mendoakan perubahan baiknya itu.