Rasa kasih dan simpati terhadap empat orang kanak-kanak yang berada dalam kesusahan, telah menyebabkan pelakon Norish Karman mengambil mereka menjadi anak angkatnya.
Artikel Berkaitan: Norish Karman Dedah Sudah 5 Tahun Tak Berlakon – ‘Saya Sering Diberikan Watak Hebat Tetapi Diminta Free Hair’
Artikel Berkaitan: Norish Karman Nafi Cucuk Botox, Hidung & Bibir Genetik Arwah Ibu Bapa
Jaga anak-anak angkat
@tanahberdaulat.tv Replying to @pakbad68 ikuti luahan rasa beliau di saluran YouTube Tanah Berdaulat TV. Terbaik, hanya untuk anda! #tanahberdaulattv #xklusifbersamasyahril #syurgadipintuneraka #norishkarman #spaQ
Menerusi podcast Tanah Berdaulat TV, Norish atau nama sebenarnya Nor’Ashikin Karman mendedahkan dia membantu kanak-kanak itu ketika negara sedang dilanda pandemik Covid-19 dan mereka hilang tempat untuk bergantung.
Pada Jun 2020 iaitu ketika Covid-19 saya dapat panggilan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), meminta bantuan saya untuk menjaga empat orang anak.
Suaminya sudah tiada..mereka bercerai. Si isteri adalah ibu tunggal yang telah terjerumus dalam penyalahgunaan dadah. Dia ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.
Menurut pelakon berusia 50 tahun itu, hatinya terbuka untuk mengambil mereka apabila anak-anak kandungnya sendiri yang meminta dan memberi galakkan.
Lepas mendapat panggilan pagi itu, semua solat dan zikir saya lakukan sebab berfikir sama ada nak ambil mereka atau tidak.
Kemudian anak-anak saya kata, ‘tolonglah ambil mereka bonda, yang lain-lain kita fikirkan kemudian..rezeki datang daripada Allah’.
Saya tak rasa diri saya baik tetapi saya rasakan anak-anak ini memerlukan seorang ibu.
Beritahu hal sebenar
Bercerita lanjut, pelakon drama Spa Q itu mengimbas kembali detik ketika dia mengambil kanak-kanak tersebut di kediaman mereka.
Kami memandu empat jam ke Kuala Kempis, Negeri Sembilan..dalam Felda, dalam hutan.
Mereka belum makan dan saya sampai hampir pukul sembilan malam. Sijil kelahiran mereka ditinggalkan lalu saya pun bawa balik mereka.
Ketika dalam perjalanan saya fikir macam-macam. Kalau polis tahan aku ni..masak, mereka mesti kata aku menculik.
Walau bagaimanapun, Norish tetap memberitahu perkara yang sebenar kepada anak-anak angkatnya itu.
Saya tak pernah berbohong kepada mereka melainkan yang kecil, dia belum tahu apa-apa.
Tetapi yang tiga lagi tu saya katakan kepada mereka, mereka perlu tahu dari mana asal mereka supaya mereka tidak lupa.
Namun kami semua tidak pernah kisah dari mana asal usul mereka yang penting apa yang mereka akan jadi suatu hari nanti.
Untuk rekod, Norish Karman pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Hashimuddin Abdul Kadir namun bercerai pada 15 Julai 2008. Mereka dikurniakan empat anak kandung iaitu Muhammad Haqiem Amany, 25, Muhammad Hady Amieran, 21, Nur Hanyz Amanda, 20, dan Haq Alexander, 13.
Manakala, empat anak angkatnya ialah Hasbi Fadullah, 13, Hasya Farahiya,11, Haziq Fadillah, 10, dan Hazra Farisya, 5.
Sumber: TikTok Tanah Berdaulat TV